Pages

Tuesday, March 22, 2011

Selamatkan dia

aku ketawa dalam gusar
aku senyum dalam kecewa
aku gembira bernada duka

kalau sedih kau tampil, risau aku pendam
kalau tangis kau hulur, kecamuk aku simpan
kerana apa? kerana hati serabut tak tergamak
berdoa setia atas nama YANG ESA

aku benci sengketa
aku hulur damai
aku cinta kepuasan selamanya
tiada benci hanya senyum ku pamer
aku cuba segala
hanya kuasaNYA menentukan

sabar, sabar, sabar
bosan kau dengar mungkin
hanya kekuatan kau jadi tiangnya
doaku sehelai nafas setiap kali pinta
secebis kata setiap bicara
hanya DIA penentu segala

berat hati melangkah mati
bicara sepi si pemilik bibir
semoga selamat selamanya pasti
aku mohon
aku mohon
aku mohon, pinta segala
tolonglah TUHANKU, aku hambamu meminta semua
kerana kau YANG MAHA KUASA
gantikan buruk dengan si suci
dia mahukan senyuman esok
dia mahukan tertawa lusa

kalau aku layak mengganti
izinkan aku menebus janji
biar mati aku berdiri
menadah tangan memohon ampun
segala dosa ku harap pergi
lupus sirna abadi selamanya
sekali lagi mohon sihat sejahtera

andai sahaja aku berkuasa
andai sahaja ku punya kudrat
tapi ku tahu ia milikMU
TUHAN YANG SATU, KEKAL DAN SUCI
dengan zatMU, sembuhkanlah dia
hambamu yang setia pemegang syurga dia, dia dan dia
ku mohon ampun
ku mohon pertolongan

resah dia memang ragam
siapa sangka dunia jauh dari mata
cuma hati berpusing mati
ingin terbang kembali ke situ
bukan sana tetapi sini
tanah lahir si perawan suci

YA ALLAH, ku sujud padaMU
YA ALLAH, ku tunduk akan KUASAMU
aku yakin, kau MAHA PEMURAH
akan KAU beri nikmat sejahtera.
kepada dia
mereka dan semua
aku yakin.

aku pasti.

:(
aku hambaMU yang banyak dosanya. ampunkan aku

No comments: