Pages

Friday, March 4, 2011

Rasa Hati : Teori Cerita Blog

Perjuangan dalam penulisan.

ya, ramai sebenarnya yang menegakkan ayat di atas. di dalm buku - buku, majalah, surat khabar, semuanya dikatakan perjuangan dalam penulisan walau dalam apa bidang sekalipun.

DI BLOG?

yeah, masih ramai yang berjuang dalam bidang penulisan dan cara masing - masing dalam menulis. ada yang bergaya MENYERANG,
ada yang BERTAHAN,
ada yang MEMBERI,
ada juga yang MENJAJA DIRI
dan banyak lagi kisah ketawa suka duka dalam karya di dalam BLOG.

ya, mereka berjuang dalam cerita yang berbeza.

Ops, bukan mereka, tetapi kita mungkin. :D

tapi adakah positif yang muncul dalam perjuangan sepeti yang dicanang itu? ah, kau tentukan. kau menulis, kau tahu isinya. kau tahu baik buruknya. aku bukan siapa nak menentukannya.

kadang aku terbaca kata - kata berani kononnya dari dia, dia dan dia. mengherdik membela katanya, tapi cemuhan itu membina kah? merosakkan kah?  kau nilailah sendiri.

pada pendapat saya, aku dan rakan - rakan seperjuanganku, ilmu dan cerita lebih relevan kerana ilmu itu membantu, cerita itu pengalaman dan pengajaran. banyak positifnya. ( jika isinya baik ) tetapi aktiviti membela kononnya dengan herdikan kotor nafsu manusia itu hanya membinasa. disogok sedikit provokasi sahaja sudah melenting bagai gila apatah lagi jika dugaan besar menimpa? ah, semuanya hanya cerita. ego diri mereka sahaja mereka fikirkan. KANAK - KANAK..............

ada juga yang bercerita seolah - olah mereka RAJA. mereka yang terbaik dalam dunia mereka. di hebahkan keangkuhannya dalam perjuangan rekaannya. ah, apa itu namanya bela jika katamu besar lebih dari capai kudratmu?
kau fikirkanlah..

apa salah kita merendah diri, mencari erti dunia sejati murni kita ini. kita pandang semua sama. kita sedar diri kita hina. sudah pasti tiada kata - kata lagak ego seorang perwira kononnya yang menentang penyelewangan sedangkan katanya takbur dilaknat Allah.

aku tahu aku memang bukan orang yang layak berkata, tetapi aku menulis sekadar mengingati diri aku sendiri. aku berkata kerana aku tahu telinga aku lebih dekat dengan mulutku dari telingamu. ya, kata - kata ini sekadar peringatan untukku.
aku sayang semua rakanku. aku harap kita dapat bersama membina peradaban sesama kita tanpa mengira siapa sahaja. kita bangun bersama dengan senyum ke telinga, bahagia selamanya. INSYAALLAH.....



Bila kebosanan. haha


semoga kita dapat bersua lagi di hari esok. :)


salam sayang,
HaiKaL

2 comments:

Anonymous said...

salam singgah.
baru 1st time berjalan kt sini.
suda tertarik dengan penulisan kamu.
padat.cukup halus.
tp masih sopan.:)

Haikal Blank said...

hahah thanx zatie!! he3....aku follow kau sebagai tanda support dari aku kepada semua!! yeah!!! hahahaha