Pages

Monday, March 7, 2011

Rasa Hati : Ikhlaskah AKU?

assalamualaikum dan selamat malam semua. 

apa untungnya aku dalam dunia blog? aku tiba - tiba terfikir.
ada sebabkah aku dalam dunia ini? ye, memang ramai rakan baru kita jumpa.
memang bagus kan tambah rakan. aku akuinya.
tapi kadang aku terfikir. aku memberi ilmukah? kedatangan aku berhargakah? aku pentingkah? aku pernah buat orang sakit hatikah? aku membuat dosakah? ah, banyak soalan timbul. ya, aku termenung.

aku terfikir tentang duit sampingan dalam blog. ya, seperti tidak relevan dengan niat asalku. haha aku rasa ada yang tidak kena. aku rasa aku belum layak untuk berbuat sedemikian. ya, fikiranku mungkin kelihatan ganjil. tapi aku rasa begitu. maafkan aku ok. :) aku memang pelik. maaf.

aku teringin untuk menjadi seperti dia dan dia yang ikhlas. membentang segala ilmu tanpa ada balasan. memberi tanpa menerima apa - apa. mungkin keikhlasan aku dalam penulisan akan lebih jelas, lebih meresap ke dalam jiwa minda manusia. aku mengharap aku boleh berjasa kepada dunia! ya, memang abnormal tinggi impianku. tapi tidak salah bukan?

karyaku mungkin teruk, panjang, memalaskan si pembaca menghabiskannya. aku mintak maaf. aku tidak sengaja. aku memang suka berbual. tanya saja siapa yang kenal akanku. sampai di shoutbox orang pun berjela aku tulis. hahaha padan muka sapa - sapa yang pernah jadi mangsa. sorry taw geng! Hee~

ah, dah semakin panjang.
aku semakin bingung dengan fikiran ku sendiri. harap ada yang mampu langsaikan kotor dalam otakku ini. jelaskan yang kabur, jernihkan yang keruh dan tenangkan yang celaru. :) 


ah, DUNIA memang unik kan? :)


i'm just believe there is someone. yeah, i believe someone will clear it out. i keep believe. :)
i keep my vein inside.
i believe for what nobody believe. no mistake. just hopes.

3 comments:

Silent said...

peh...samela wey mcm apa yg aku pk.

Simpleblanklife said...

hahaha entahla kan...aku tiba2 terpk...kah3...ada gak yg sama...ada gak yg pelik macam aku rupenya!! hahaha guraw2....:)

JAMIE said...

ehm..life papa....:)