Pages

Tuesday, March 22, 2011

dugaanNYA

diam pasrah kekal
sunyi cerita keliru
kecah si pemburu bisu
itu aku
si pencinta dia yang bukan milikku

kalau gunung ku tadah tanda setia
tapi kaki menapak mencari akar
mata tertunduk dalam bisingnya dia
aku darurat hendaknya
tanpa kata

aku bukan sempurna
untuk dia dan mereka
kerana bumi mana tidak ditimpa hujan
hebat mana tidak ditimpa bala
kerana sabar ubatnya dugaan

kalau kumbang mati di dalam diri
jangan dikait si bisa di depan
telitilah kaki
mana tahu ada madu terbentang

kalau dirasa ular melilit
jangan terdiam menanti akhirat
bertawakkal lah
berdoalah
kerana DIA sempurna semua
terbanglah kepadaNYA
dengan tawajju' percaya padaNYA
kerana kita hamba yang ESA

INI DUGAAN LUMRAH DUNIA. BERSABARLAH

No comments: