Disebut tentang wanita, ya, saya lelaki memanglah sentiasa tertarik dengan gaya mereka, perangai mereka, sifat mereka, kelakuan mereka, hati mereka, cara mereka berfikir dan apa yang saya dapati? mereka begitu unik. mereka AMAT ABSTRAK. kelebihan mereka banyak, begitu juga kekurangan. kadang, kekurangan yang muncul itulah kelebihan pada mataku.
tidak faham?
ala, pengalaman akan mengajar kau. corak pemikiran wanita amat mudah dibaca. WALAU MEREKA HAMPIR TIDAK PERNAH KATAKANNYA. mereka amat suka menyembunyikan sesuatu walau di dalam hati mereka mahukan semua orang tahu. agak hipokrit ya! hahahaha tapi ia tidak apa, hipokrit mereka kadang - kadang menghiburkan. janganlah marah mereka. mereka sebenarnya tidak hipokrit, cuma mungkin malu tapi mahu? haha kau fikirkanlah ya kenapa.
terus kepada cara mereka berfikir tentang apa - apa. kebiasaannya mereka tidak berfikir panjang, amat gopoh tapi ramai yang mampu atasi masalah itu. dari apa? mereka belajar dari pengalaman mereka.
UNIK kan mereka?
sifat yang lemah lembut dan kasar? itu biasanya terbalik dari apa yang ada dalam hati mereka. yang kau nampak lemah lembut, kadang itu hanya di mata, tapi bila berbicara tentang dunia, kerasnya kata dan hati amat menakjubkan. mereka keras dalam bidang yang mereka mahu. azam mereka tidak dapat terlawan lelaki. benarkah? :)
ada yang keras, kasar katanya tetapi bila disogok lelaki aduh, lembut kaki gemalai layu. haha. ia kah? aku tidak tahu, tapi aku bercerita tentang pengalamanku. perempuan yang keras ini lebih senang lelaki ngurat dari yang lembut. adalah orang cerita. nampak tak mana lebih keras? tapi cinta si lembut biasanya tipis dari cinta si keras. kononnya. aku tidak tahu.....:D
ah, perempuan - perempuan. aku suka melihat gelagat mereka. mereka amat menghiburkan si adam sepertiku. mereka selalu membetulkan lelaki sepertiku. haa?? kenapa?? kerana mereka pantas dan hebat mengingati sesuatu. otak mereka rajin berfikir. terbalik dengan lelaki. kerajinan hanya berfikir, tetapi tangan dan minda malas bergerak. sebab itulah lelaki dikurniakan otak yg sedikit cerdas agaknya. untuk seimbang dengan wanita yang rajin. hahahaha gurau sahaja...:)
mahu lihat keindahan wanita yang paling sempurna? paling hebat? :)
wanita terbaik dalam hidup kita? kegigihan yang sempurana dalam semua perkara?
IBU / MAK / MAMA / UMMI
panggilan ini biasa bukan? ya, aku tahu kau sedar akan kehebatan mereka. mahukan bukti? kerana KITA ADA SEHINGGA HARI INI!!
mereka mendidik, mengajar segala. cara makan, tidur, ketawa suka duka semuanya diberi mereka. mereka tidak pernah menyesal melahirkan kita. mereka selalu bangga akan anaknya.
ibu, kau terbaik dalam semua.
AKU SAYANGKANMU. :)
khas dari :
HaiKaL
6 comments:
perempuan paling berharga adalah ibu.
isteri yg solehah sekalipun belum tentu boleh buat pengorbanan sebesar ibu..
nice post bro.. ^^
yeah!! isteri yang solehah aku lupa nak sebut! hahaha maaf2....xlengkap..:)
thanx sudi baca ok! :P
wanita yang Lemah...seLemah2 dia mapu mencabar ego dan menggoncangkan dunia =)
makhLuk kompLeks tapi menarik~
erk..ada butang like x..? nak tekan la..;)
hahaha si jojes!! ya, ia benar dong...wanita memang lemah, tapi pintar dalam segala dipelajarinya..:D
mardeyna! xpaya butang like! kau senyum je aku da boleh rasa dari jauh ni dah! hahahaha :P
Post a Comment