Pages

Thursday, February 24, 2011

Rasa Hati : Lu nak barang Baik? Keluar Modal R Brader


   Tiba - tiba teringat satu pepatah moden remaja berbunyi

" Lu kalau nak barang baik, kena kuar modal brader "

apa maksud dia? macam - macam boleh jadi kan? mungkin ayat ni untuk si penjual spare part motor or kereta yang bertelagah tentang harga barang yang dijualnya kerana agak mahal.

LOGIKANYA KAN?

Tapi pada saya, ia amat sesuai untuk banyak lagi situasi kerana ayat ini amat bersesuaian dengan 

" Usaha Tangga Kejayaan "

Kau nak Berjaya, Kau kenalah BERUSAHA. tak gitu?

Modal untuk BERJAYA ialah USAHA kita. ya, ia relevan. kalau kita nak something yang terbaik, modal kenalah baik gak. dalampekerjaan, dalam bisnes, dalam kehidupan seharian, dalam menunaikan tanggungjawab dan dalam cinta, semuanya memerlukan modal dalam definisi masing - masing.


apa sebenarnya motif cerita aku ni? berkenaan keretakah?

ALA, aku tibai semua jela! MASALAH KEHIDUPAN KITA....

ok, macam - macam problem dalam kehidupan. macam - macam dugaan yang kita semua pernah terima. apa penyelesaiannya? bunuh diri? berdendam? marah sampai mati?

JANGAN!!

kita kalau buat semua benda itu, kita sendiri sebenarnya melukakan hati sendiri. x percaya?
ok, korang fikirlah, bila kau membenci seseorang itu dalam nada melampau kan, korang hari - hari akan teringat kat dia dan perasaan sakit akan menyelubungi diri kan? so, lupakanlah sebentar! pandang apa yang ada depan mata kau. rakan - rakan, family yang sentiasa support korang walau ape pun terjadi masih ada. janganlah bersedih ok.

"mengarutlah brader ni, ingat senang ke apa nak lupakan kisah pahit tu?? ", kata mereka.

okla, aku nak cakap cket ni. kalau kau bersedih melampau pun kau dapat apa? kau anggaplah itu suratan takdir dan kau kena ingat, ada ramai lagi orang dalam dunia ni yang menanggung kesedihan melampau dalam diri. dendam kesumat bermain depan mata setiap hari. kau tak percaya??



" adik, apa cita - cita adik bila dewasa? " tanya seorang wartawan majalah 3 kepada seorang kanak - kanak perempuan di Palestin.

" saya nak bunuh seorang tentera Israel. itu sudah cukup " jawab kanak - kanak itu.

APA??

kalau kat Malaysia, kita bercita - cita untuk menjadi doktor, peguam, engineer, pensyarah tetapi dapat kita lihat bukan apa di dalam hati kanak - kanak itu? mana doktornya, mana peguamnya, yang ada cuma dendam terhadap kekejaman ISRAEL.

mahu teka berapa umur kanak - kanak itu?

6 TAHUN.

gadis perempuan berumur 6 tahun ya kawan - kawan. dia tinggal bersama atuknya berdua. seluruh keluarga yang lain sudah hancur di bom bersama rumahnya.


-----------------------------------------------------------------------------------------------------------


Besar sangatkah dugaan yang menimpa kita dibandingkan dengan cerita di atas?

kau putus cinta?
kau ditipu harta?
kau dibuang kerja?
kau kehilangan segalanya?

hmm....bersabarlah kawan.  kita ada agama.  jangan kau cipta penyelesaian palsu bisikan syaitan itu.  bersabarlah.  ada hikmah pada semua perkara.  PERCAYALAH.

apa erti post ini? aku tahu kau bijak mentafsir. aku memang meninggalkan banyak pertanyaan dan kekosongan pada entry ini pada definisinya. aku mahu kita sama - sama berfikir.
bila ada masalah, bersabarlah. niat kita mahu bahagia selamanya kan?

" kau nak bahagia, mesti keluar modal yang sesuai untuk bahagia "

modalnya apa?

AKU TAHU KAU TAHU MAKSUDKU.











Thanx Sudi Baca ENTRY Nih.

Baca Je? Komen R satu dua. hahaha guraw je.


salam sayang dari : HaiKaL










No comments: