itu persoalan yang kadang - kadang pernah muncul dalam kotak minda aku. aku sendiri tiada jawapannya kerana aku amat kurang ilmunya tentang cinta remaja ini. YA, aku sedar mungkin kerana aku tidak kacak, tidak digilai sesiapa, aku tidak tahu nikmat bercinta ini. kalau ada pun yang gilakan aku, aku mintak maaf. aku bukan lelaki biasa. aku mutant. hahahaha guraw! jangan fikir aku ini raksasa atau sinonim dengannya. aku tetap LELAKI BIASA.
haha apa yang aku cuba sampaikan ni? aku sendiri tidak tahu. aku bukan si cendekia yang penuh fakta di kepala. aku juga bukan si luncai yang pandai berkata - kata. aku hanya Haikal yang sedia dicemuh jika silap dan malu dipuji siapa sahaja.
CERITA CINTA?
aku hanya pernah sekali bercinta. ya, ia sangat indah hingga ke hari ini. kenangan itu bukan palsu bagiku. aku berterima kasih kepadanya kerana telah memberi aku peluang walau aku ini hanya menyusahkannya. hahaha maaf ok kawan. ya, aku sekarang sedar, aku lebih gembira melihat dia bahagia di sana walau bukan bersamaku. kan kacak kan camtu kengkawan? :)
ini aku lihat, bila putus cinta, kita tanam rasa benci, rasa amarah kepadanya. kan kita secara tidak langsung dah melukakan hati kita sendiri! iskh, aku x sanggup. aku tahu aku pernah sayang dia dan aku hormat segala keputusannya. asalkan dia senyum gembira, aku tetap gembira melihatnya. :D
CERITA CINTA LAGI??
iskh, ape kebanyaknya cerita ni....aku dah cde cerita cinta dah, tapi aku selalu mendengar orang bercerita. dari kisah sedih ke kisah gembira. ya, saya pendengar yang baik, cuma saya ada cara saya sendiri untuk mendengar. kadang mungkin aku ketawa kerana mendengar kisah sedih sesiapa, tapi aku ada sebabnya, orang yang tak faham dan tak pernah kenal aku mungkin rasa aku kejam, tapi? siapa tahu kan? ramai yang boleh tersenyum walau sedang menangis.aku suka lihat part tu...waktu tu la aku rasa aku sangat kacak! hahahahahaha...guraw je...
TAK TERINGIN NAK ADA AWEK KE?
wei, ko giler tanya soalan macam tu? aku nak jawab camne weyh!!
ok, memangla ada, tapi cuma belum sampai masanya. aku serius part ni. aku tak nak target low2 dah dalam bercinta ni. aku nak terus serius dan aku nak terus kahwin je nanti. peh, criter lebatla brader ni....memang!! memang aku cerita lebat, kuat semua lah! hahaha
tapi yang pasti, belum sampai masanya aku bercinta. aku nak lihat sesuatu berlaku dahulu sebelum aku bersedia MENCARI CINTA nih! hahahaha....
KATA - KATA CINTA?
wah, aku dah tak faham dah apa yang aku nak tulis sebenarnya. aku terdiam jap. *sunyi
ok, ada idea sedikit dah. aku nak nasihat sedikit jela tentang perkataan cinta sekarang ni. ok, walau kita bercinta sekalipun, kadang kenalah ingat kat benda lain gak. ingat kawan - kawan, ingat keluarga, ingat semua tanggungjawab. ini bila dah bercinta, lupa semua. bukan korang, aku tahu korang baik. aku ni haa, bila bercinta lupa semua...hahahaha aku salah! aku taw!! kah3
dan lagi satu, ikhlaslah bila bercinta. tunaikan janji kau tu. ini janji senang nak ucap, tapi kau langgar akhirnya. nak senang? kurangkan berjanji!! kurang sedikit dosa kau dah kan? :)
malam - malam ni aku senang menulis tentang jiwang ni haa...maafla kalau ada yang tak boley terima or what. kata ini diarilah or apa pun. aku terima. :)
normal lah...kan?
kalau ada yang suka, aku terima kasih sangat - sangat. aku sayang koranglah!! \
hahahaha....:P
harap kita dapat berjumpa dengan CINTA SEJATI UNTUK KITA OK!!! he3....
salam sayang,
HAIKAL BERGAYA
aku da xde gambar baru. aku letak jela gambar lama. jangan muntah. hahahaha |
7 comments:
jodoh dah ditentukan..InsyaAllah cepat atau lambat jek...=)
hahaha thanx kawan! aku pecaya yang tu...sbb tu aku rilek je kot...:D haha
aku nakk muntah jap . hahaha !
hahaha pasal muntah, kau memang laju ye noura!!! hahahahaha dem u! haha
cerita cinta.. ;) smpai masa bertemu la kamu. n then kamu tahu la.. ;))
salam ziarah dari nadh ya.. lawat dari blog melayu frustasi..
bengomm. aku memang tak suke cinte2 nih.
he3....thanx frame less!! doakan aku dapat berjumpa apa itu cinta sejati ya!! he3....'
wah fairuz, yeke? err....entah2 si jiwang gak..poyo jep lebey...hahahahaha
Post a Comment