Pages

Friday, February 11, 2011

Jika Aku Berintonasi Jiwa

Ya, ia sangat pantas. Bila cinta muncul, pergerakan melodi jiwa meruntun deras jatuh ke hati. terdiam sebentar. mulutnya mengucap kata pujangga menabur janji sehidup semati yang mungkin memakan diri. Kenapa ia normal bagiku? kerana kita semua begitu kadangnya. Hati berdetap kencang melihat si dia berlalu pantas kita menyapa di dalam hati. siapakah dia? satu monolog dalaman menyapa diri. saraf akal menyuruh bibir tersengih sebentar. mata terpana melihat gerangan si dia yang langsung tidak memandang kita. tanpa kita sedar bukan? kelakar tapi indah. itulah mainan perasaan sang manusia dunia. mencari cinta setiap masa. ia lumrah.

Melodi ini bergetar indah. tapi kata terpaku di sisi lidah. bila mata bertentang mata. hati kuncup berpeluh sejuk katanya. ya, menggeletar tiang dua berkasut di bawah sana. perkataan 'kalau' bermain di kepala. kalaulah isteriku dia, kalaulah kekasihku dia, kalaulah dia untukku, kalaulah dia sukakanku, kalaulah....kalaulah..... kau setuju bukan? hahaha...

aku cemburu dengan sang tegap. aku cemburu dengan sang manis. aku iri hati dengan sang tampan. aku biasa sahaja orangnya. hahaha aku tidak pernah kecewa akannya. aku ada istimewa, cuma aku belum mampu gunakannya. aku sedar aku siapa. iman lemah mungkin tiada. harta sirna dari tiada. tapi banggaku dengan namaku. indah diberi permaisuri sebenar hatiku.

ini coretan sekadar gurauan. cerita melodrama rekaan semata. maaf dipinta jika terasa. pasti indah jika kau ketawa. niat di hati ingin berjasa, memberi ilmu walau tiada. iri hati diharap tiada, walau ku kata apa sahaja. cinta itu suci jika pemalsuan kau buang. jika prejudis diheret dari romantis. aku yakin kau hebat orangnya.  senyumlah pembaca, jangan kecewa. cinta datang dan pergi semasa muda. kerana apa? kerana ada yang lebih baik untuk kita. atau masa akan menemukan semula. kekasih lama kembali dengan azam baru, cinta maju, hati salju. itu harapan semua jejaka. gadis juga tidak ku lupa. ku harap janganlah kau terlalu kecewa. aturan yang MAHA tetap utama.

pembaca ku jangan kau mengutuk diri ini. ini lakaran fikiran sahaja. bahasa ku salah, harap ditegur. bukan apa, sekadar belajar mendendang cerita. 

"Bahasa kita, budaya bangsa. kalau tiada, siapalah kita."



LOVE is too complicated to tell
I can't even smell it

9 comments:

syairahmohdanuar said...

aku suka post nie :)

Haikal Blank said...

hahaha terima kasih kawan.. aku saja je mngarut kat situ...bosan di pepagi buta kan...:P

Nuraifah said...

errm ,, ske tgk gmbr tu .. but , penat nk bace sume .. ^_^

Haikal Blank said...

kah3...memang panjang n kecik2 tulisan dia. maaf...kah3

hanisa sabrina said...

WOW .haikal .tak sangka !
terharu ! wahh.

bahasa kau mantap habbess la .hehe

Haikal Blank said...

hahaha nganjing? kah3..kau mmg dem! :D trimas.

JUNKO-EL-HIDA said...

Salam bro..Review dah siap..Baru jer aku siapkan header tuk ko..hahaha..ko dah ubah rupanya blog ko..

http://blogmelayu-frustasi.blogspot.com/2011/02/kroniknya-dunia-blog-review.html

anna mardhiah said...

fuyyoo.. dasyat ..i like !
anyway,ziarah dari blog junko el-hida..
follow la terus. hehe...

Haikal Blank said...

haha junko, thanx sangat2 dowh!! maaflah kalau aku punya x lawa..hu3...biasalah, bukan orang seni..:)

anna! wah, dahsyat tang mana tuh?? hahaha ni tempat aku mengarut2 je...:P ade yg rasa xpuah ati, cakapla k...aku SPORTING. kah3...:P