Pages

Friday, February 18, 2011

Cinta. Persahabatan dan Kita

Assalamualaikum...

ku ingin bicara tentang cinta yang tiba dalam hubungan persahabatan. ada yang ingin mendengar (membaca), ku persilakan. ada yang kata ini jiwang semata, aku terima walau ini sebenarnya hanya mainan kata dari hatiku dengan ikhlas.

CINTA DALAM PERSAHABATAN?

seperti biasa, kita manusia. seringkali ada cinta pada sesuatu yang indah yang dilihat mata dan dirasa jiwa. sebagai lelaki, apa paling indah di depan mata? ya, pastinya seorang gadis atau perempuan lazimnya. bukanlah bapuk atau binturong. persahabatan yang terjalin dengan gadis - gadis memang banyak ruangnya kan? dari rakan sekelas, facebook, myspace, pasar malam, kedai topup, bustand (bustop juga) dan pelbagai tempat lain boleh menjadi punca bermulanya persahabatan antara aku, kamu sebagai lelaki dengan dia (perempuan). ya, ia normal bukan? 

setelah bersama dalam ikatan persahabatan, kadang - kadang perasaan menyukai dia atau dia mahupun dia pasti muncul. bukan semua pastinya, tapi tetap ada kan? haha sekadar menyukai alasan kau. ok, baik ke kalau perkara ni berlaku? salah ke?

keliru? ok, ini kataku, pendapatku. ia TIDAK SALAH. lantak la kau mahukan sesiapa pun untuk dicintai. nak jiran sbelah rumah ke, anak makcik kamu ke, gadis kedai HP ke. aku tak rasa ia satu masalah. kan? aku tahu kau juga setuju.

tapi kau yakin tiada masalah?
aku tak kisah jika mahu mencintai rakan kau. tapi kenalah professional!. ini tidak, lepas kena reject just after usya, kau putuskan, kau renggangkan persahabatan itu. aku amat takut akan perkara itu. kawan itu penting. lagi - lagi kawan baik. menjadi renggang hanya kerana sedikit masalah yang muncul akibat perasaan cinta. ape kejadah nya? tak gitu?

aduhai, mungkin ada yang anggap kawan tu x penting mana. kawan makan kawan lah semua. bukaklah mata kau. ramai lagi KAWAN yang setia sebagai kawan. bila kau mula mempercayainya, kau akan mengerti dan kenal siapa kawan sebenar. bersabarlah jika ada dugaan dalam berkawan. ia bukan apa, ia ujian dari - NYA untuk kau belajar dan lebih mengerti siapa sebenar - benar sahabat. :)

berbalik kepada cinta antara kawan, nasihat aku, jangan lah sekali - kali kau menolak kawan hanya kerana kecewa di reject dan yang sewaktu dengannya. think positive. ia akan mendewasakan anda. bersabarlah. mungkin esok lusa dia betul - betul jatuh hati dekat anda. siapa tahu kan? tapi ko jgnlah mendesak lak macam - macam. memang tekananlah orang kau suka tuh. hahaha rilek sahaja. senyum selalu untuknya, doakanlah dia selalu walau dia sbenarnya dicipta untuk orang lain.
itu baru namanya cinta sejati. :)


inilah rakan baik aku. eh, salah gambarla lak. ini drogba....haha


" Berfikirlah sebaiknya. hanya kau tahu apa kau mahu "

2 comments:

sicKo^ said...

aku sokong entry ni.. Persahatan susah nak putus tapi cinta??

Haikal Blank said...

hahahaha mmg camtuh hakikatnya