Pages

Monday, July 25, 2011

KRITIKAKI

Kritikaki.

Kritik + Kaki memang sinonim di dalam kehidupan kita. Apabila ada pihak yang mengkritik, pihak yang dikritik akan mengangkat kaki menendang si pengkritik dengan disokong konco - konco suapan 'nama' yang diharapkan. Tak menuju kepada siapa - siapa. Ingat, tiada kaitan antara dia, dia dan dia. Hanya aku.


Pro dan kontra. itu sudah pasti. Segala yang ada pasti ada baik dan buruknya.


 KRITIK

Golongan pengkritik ini sentiasa ada di sekeliling kita. Dari keluarga, rakan - rakan karib, rakan sekelas, jiran tetangga, budak sekolah tadika, budak kelab kereta dan pelbagai lagi sumber si pengkritik ini boleh memunculkan diri.

Pengkritik biasanya mengkritik kita atas beberapa sebab :

1) Kerana dia merasakan ada kesilapan pada kita dan niat menegur.
2) Kerana dia merasakan dia perfect dan ma'sum, tiada dosa.
3) Kerana itu HOBI.
4) Kerana dia kaki bebel. ( Orang bebel ni bila dah tak ada point, ngumpat lah jawabnya )
5) Kerana dia GILA
6) Kerana dia poyo bujet hebat nak mampus.

Sebab musabab yang boleh aku terima hanya yang pertama sahaja dan sebab - sebab yang lain adalah setaraf anjing di tepian jalan.


aku search gambar anjing, tapi keluar muka dia ni. Kenapa ye?


------------------------------------------------------------------



Mengkritik perlulah ikhlas walau apa cara pun. Ada yang menggunakan cara halus iaitu menggunakan ayat - ayat perli secara mendalam dalam senyuman terukir di bibir. Ouhh, so sweet kalau tengok muka dia. Tapi ayat memerli dalam sedar tak sedar.

" Hei mat, lawa juga sport rim baru kereta kau ni. Sesuailah dengan selipar jamban kau "

Ada yang mengkritik dengan gaya badan dan mimik muka sahaja. Fuh, mulut tertutup rapat tetapi kalau melihat cara dia juihkan bibir atau mengherotkan pipi, kita semua boleh jangka yang dia sedang mengkritik sesuatu.

" WUT??? " Sambil mengherotkan muka.

Kritik secara jahannam juga ada. Mengherdik dengan cacian dan makian sakit bontot, menjerit dengan lagak syaitan dan mengeluarkan isyarat - isyarat lucah dengan tangan, kaki dan ada juga dengan membuka seluar. Oh, pelik sungguh kritikan sebegitu ya.

" Bo*** punya betina! Kau rampas pakwe aku! Sial! Pu*imak! Bab* Hanjengg!! *^(*)*%&^&&&%.....(7 page kertas kajang) "



----------------------------------------------------------------


habis pun intro entry ni. Aku niat nak buat entry pendek je. Sekali Intro dia meleret panjanglah pula.


Kembali ke tajuk KRITIK. Perlu ke kita mengkritik?

Semestinya perlu! Kerana kritikan itu sebagai pembuka kepala otak untuk kita maju dan terus maju. Andaikan kita mahu mencipta resipi asam pedas yang tersedap di dunia. Macam mana kita mahu pastikan asam pedas kita itu terbaik di Malaysia?

Pasti sahaja dari kritikan orang yang merasa masakan kita! Kerana tanpa kritikan, kita tidak mampu mengetahui di mana lemahnya sesuatu itu, di mana kurangnya dalam apa yang kita lakukan itu.


Nampak atau tidak relevannya KRITIKAN?


Cuma pada masa sekarang ini, orang ramai menyalahgunakan kebolehan mengkritik masing - masing. Ramai lupa diri bila diberi nikmat di dalam dunia ini. Kita banyak kali mengkritik sesuatu yang mana kita tidak perlu. Kita mengkritik tanpa hala tuju yang positif. Kita merendahkan seseorang itu tanpa berfikir panjang.

Ya, memang kita mengkritik akan kesalahan dia dan dia tetapi perlulah kena pada caranya. Jangan main terjah sahaja. Kaji dahulu kenapa kesalahan itu dibuat. Kaji dahulu apa puncanya, baru boleh bersuara lantang. Jangan ingat semua manusia dugaannya sama. Lain orang, lain caranya untuk dinasihati.


Dalam menasihati, aku cuba untuk berhemah dan pertimbangkan segala aspek kehidupan manusia. Cuba memahami walau selalu juga salah mentafsir tapi aku percaya selagi usaha itu ada, pasti ada jalannya.


Bagi pihak yang dikritik pula, anggap sahaja kritikan itu sebagai satu MASALAH yang memberikan kita satu tolakan untuk terus maju ke hadapan. Baca entry tu sampai habis, boleh membantu. :D


Jai menghadapi masalah. Dia pun baca entry aku. HAHA



Tiada apa lagi, Assalamualaikum.

11 comments:

hana sudradjat said...

KRITIKAN MEMBINA ITU SANGAT PERLU! :D

tapi harus diingati bahawa orang yang mengkritik dengan cara ketiga di atas mempunyai risiko untuk dilenyek-lenyek menjadi mash potato oleh saya.

kritikan tanpa judgemental tone itu paling utama bagi saya .hati saya ni kaca tau T.T

wan zuliyana [apel] said...

aku tau la aku kuat bebel. xyah la mention aku dlm entry kan..aku xnk pun publisiti publidato' k ni. .haha

ekhem. .jai tu boyfren aku kot.

haikalblank said...

hahaha alasan yang memang layak dijadikan kentang putar. keh3...
nak kritik kenalah kena dengan gaya ye tak?

Apel, aku tak mention kau pun ok dan jai tu pastinya bukan pakwe ko. dia member aku, tak pena cerita pasal kau. HAHAHA :P

sergeant keroro said...

haha, betul.

kritik biar berhemah.

p/s : sape jai tu? *blur*

haikalblank said...

haha berhemah tanda berakal!
err...jai? entahla...watak movie je...hehehe

kaizen said...

tang bajet hebat tu aku mmg nk fire balik laa...

Wanz Mejuez said...

Hoi....! Hai! Hey! Woi..! Weh! Wah!

eheheh done... >_< mode : gelong

haikalblank said...

haha kaizen, sabar2....

Wanz, gelong kau ni kenapa? minum susu basi ke? HAHAHA :P

AesyaZealous said...

saje menyemak kat sini.. aku malas ah nak kritik entri ni..kekekeke

haikalblank said...

haha thanx ecah. gua tak kesah. HAHA

Si DauN CeRi said...

HAHAHAHAAA... tak le tahan tang gugel "anjing" skali kuar gamba mamat bush tu.



*sambung gelak*