Pages

Saturday, June 4, 2011

Pilihan

Dalam kehidupan kita seharian, kita sentiasa mempunyai pilihan. Dari beg, pakaian, calon isteri, suami, kereta, motorsikal, cara kehidupan, kerja, sampaikan di akhirat pun ada 2 pilihan untuk kita. Dunia itu indah dan ADIL. Setiap masalah, ada penyelesaiannya. Setiap kebaikan, ada ganjarannya. Setiap keburukan, ada hukumannya.


ADIL kan?

Tapi biasanya kita bila dalam kesusahan atau sedang menerima ujian, kita Lupa yang kita sentiasa ada pilihan. Biasalah, bila hati dah kecamuk, nafsu mengawal diri dengan bisikan dari syaitan, segalanya memang nampak kelam macam nerakalah kan. Neraka gelap ye, api pun warna hitam.

Dalam dunia ni memang ada baik dan buruk sebagai pilihan, tapi dalam kumpulan yang baik itu juga terdapat banyak lagi pilihan. Cuma kadang akal kita tak mampu nak keluarkan semua choices tu. Sebab tu lah adanya pakar psikologi, guru - guru, mak bapak, kawan - kawan, awek, bini, pakcik - makcik dan pelbagai lagi manusia di sekeliling kita untuk kita bertanya akan pendapat mereka jika ada masalah. Tapi tanyalah orang yang betul ok! Jangan kau bertanyakan masalah harga sayur melambung pada Fadhilah Come-to-me. Jangan ditanya masalah awek merajuk dekat mak bapak. Memang ko kena penampor je kang. HAHA

Ok, dalam mencari pilihan yang terbaikla kan, wujud ke pilihan sempurna?

Dari segi agama, Islam memang sahajalah yang sempurna. Itu aku memang tak dapatla nak sangkal. Aku percaya sangat - sangat bab tu.
Tapi dari segi - segi lain seperti segi 4,5 dan seterusnya, aku rasa kesempurnaan itu tiada. Setiap pilihan ada PRO dan KONTRA nya yang tersendiri. Bandingkan sahaja kita diberi pilihan antara superbike atau kereta. Keduanya berharga RM 30'000. Korang pilih apa?

Mungkin secara fizikalnya, kereta lebih berbaloi. Ada bumbung, boleh naik sampai 5 orang dan keselamatannya lebih dari sebuah superbike tetapi superbike lebih menjamin kepuasan, boleh laju, lebih bergaya, senang usya awek, Awek boleh peluk lekat kat belakang. Tak seronok tu? Lagi kalau budak - budak baru nak kenal dunia dapat superbike, memang habis semua perempuan kampung dia collect.

Macam - macam.

Teknologi berkembang, pilihan bertambah dalam pelbagai aspek, tapi semakin disalahguna. Salah siapa?

Aku pun tak tahu lah....jom p makan, aku dah lapar dah ni...:)

8 comments:

K said...

manusia yang selalu salah gunakan teknologi.

XD

Alin said...

untunglah ada bike. hehe

cik azeya said...

eh aku suke naik motorbike. sejuk je weh. -.-'

Haikal Blank said...

Keroro! memang macam tu pun aku rasa....ramai yang salahguna teknologi termasuk aku. HAHA

Haikal Blank said...

haha aku pun teringin, tapi aku tak cukup kaya...nanti dah ada kereta, baru boleh fikir nak angkat superbike ke tak...:D

Haikal Blank said...

perh, memang sejuk miz azeya...dan ianya lagi sejuk bila sedang berteduh di bawah jambatan kat highway. HAHAA

Kak Long said...

pilihan banyak dlm dunia ni. biasanya org mstila nak pilih yg terbaik kan. sama jugak dalam islam. ada dosa, ada pahala. kalau yg terbaik mestila pahala sbb nak dpt redha Allah dan syurga kan.. tp manusia ni selalu sgt pilih pilihan yg sebaliknya..

Haikal Blank said...

Kan memang biasanya nafsu yang mengawal diri. Yang paling best sekarang ialah yang paling teruk...
pernah terbaca satu ayat,

'maksiat itu best'

F*** (face)

apa PILIHAN kita?