" Iskh, mana ada haram. Makruh je tuh. Aku hisap sedikit - sedikit aje, mana haram " -perokok-
" Rokok ialah haram kerana ia merosakkan badan kita sendiri " -cikgu sekolah rendah-
" Celakalah kepada mereka yang merosakkan badan kurniaan Allah kepada mereka dengan menghisap rokok " -ustaz-
" Busukla bau rokok tu awak. Lain kali nak dating, jangan hisap rokok tahu! Majuk kang." -awek aku-
........dan pelbagai lagi cerita kisah tentang komen - komen manusia sejagat tentang rokok ni. Penat aku dengar. (ayat manusia degil)
Aku yakin merokok itu haram. Ya, aku yakin.
KENAPA?
Sebelum itu, aku nak kau, kau dan kau fikirkan pendapat kau dan tanya member - member sebelah kau kenapa rokok haram.
" Banyak racun, boleh membunuh! "
" Mahal! Tak ada faedah! "
" Busuk! Tak boleh bawak semayang! "
macam - macam alasan lain yang boleh kita fikir. Tapi ada satu sebab pada aku yang meyakinkan pengharaman rokok ni sendiri.
" Nak, mak tak suka kau hisap rokok. Kan bahayakan kesihatan kau nak. Mak bukan apa, mak tak nak anak mak sakit bila tua macam mak nanti "
Kalau keredhaan ibu pun dah tiada, apa tempat kita nanti di akhirat?
Mak mana yang redha tengok anak dia bakar rokok?
Mak mana suka anak dia sakit?
Mak mana redhakan anak dia menghisap rokok memusnah diri?
Aku terdiam, sambil menjeling dia, dia dan dia yang turut terdiam.
Bilalah agaknya aku nak berhenti hisap rokok ye?
*Gua tak suruh share, tapi gua rasa lu patut SHARE. Untuk kebajikan gua jugak nih.
kalau suka, tekanlah LIKE. Gembira aku bila korang tekan like.
12 comments:
bkn sedap pun hisap rokok -,-
BUSUK, MAHAL dan memang TAK SEDAP.
Tapi...tapi....tapi.....
tak kuat, tak ley nak berhenti woo...macam aku. hu3
cane tu bro. bahaye rokok ni :S
HAHA kalau dah mak kita sendiri tak redha kita hisap rokok, apa tak haram namanya tuh?
tapi aku tetap anak derhaka. tetap hisap rokok. :(
oit2! cbe la blaja benti rokok tuh
kene kuat semangat sket okeh!
sy tak suka org laki yg smoking. tp takle cakap byk. bukannya tade ahli keluarga yg smoking. hu3
Errr....ok adwa oii...tapi tapi tapi...
entahlah...paling lama berjaya 6 hari je..terus demam. HAHA
Daun ceri , memang tak ada orang suka orang smoking ni lagi - lagi kaum hawa. Sebab tuh aku jarang lepak kedai makan yang ramai perempuan duduk. Aku rasa serba salah kalau nak hisap rokok dekat2 dengan gadis2 ni haa...kesian kat diorang. hu3
ko benti rokok aku blnjer kepci...
aduh...kau cakap camtuh pun tak cukup lagi nak buat aku berenti walau pasal makanan. HAHA
satu hari tak makan, kat kocek ada 3 ringgit, aku rasa aku beli rokok dari g beli nasi bujang..hahaha
semua wira2 kat rumah aku hisap rokok . shisha lah pulak yokk!! HAHA..
hahahaha jom! kau payung...tak dak hal lah!! kau memang menguji tahap keimananku...kah3...:D
Post a Comment