----------------------------------------------------
Aku terfikir akan situasi di kedai runcit. Aku melihat tauke kedai hanya berkain pelikat duduk di kaunter. Ada seorang pekerja sahaja. Kedainya tidaklah besar, biasa - biasa sahaja. barang runcit dan sedikit barang basah seperti ayam dan ikan dijual. Nampak seperti tiada orang sahaja.
" Ada untung ke kedai ni? " aku bertanya diri sendiri.
Aku tak dapat nampak dari mana untung dia. Hanya seorang dua sahaja yang masuk ke kedai itu ketika aku sedang enak melayan kepulan asap winston dipadankan dengan air tin soya yeos di depan kedainya. 2 orang gadis sekolah lalu di hadapan kedai itu. Baru balik sekolahla tu.
" Fuh, panas siot hari ni, " Keluhku walaupun tengahari memang panas hari - hari tapi aku tetap mengeluh jugak. Apa tak reti bersyukur ke apa. Kalau tengahari sejuk kan dah pelik. Bersalji ke kan, memang penuhla masjid lepas tu.
"Dik, dudukla sini, apa mencangkung je." tauke kedai tu menegurku.
" Terima kasih pakcik, " aku tersenyum menagih aiskrim percuma.
Pakcik itu hanya tersenyum kembali tanpa menghulur aiskrim. Aku sedih sebentar. Ok, itu mengarut. Kami berborak seketika hal - hal biasa orang baru kita kenal. Aku rasa korang dapat agak dah, tak payah aku nak cerita.
" Pakcik bukak kedai ni boleh dapat untung berapa sebulan? " Aku gatal mulut bertanya tiba - tiba.
Pakcik tu membuat muka hairan akan soalanku seperti sedang mencongak sesuatu. Mungkn juga dia fikirkan yang aku mahu merompak kedai dia. Ah, wajah ku sopan, tak mungkinlah dia fikir benda - benda jahat akanku.
" Biasa - biasa jela dik. 4000 lebih sebulan bolehla dapat siap tolak gaji pekerja." jawabnya tenang.
errgghh!! banyak juga sial. Aku tak jangka pula untung orang bukak kedai runcit kecik macam ni boleh jejak RM 4000. Aku pun bertanyalah pasal bisnes pakcik tu. Macam - macam la dia cerita dari sejarah awal penubuhan kedainya itu. Peh, seronok gak aku dengar. Bisnes kecik ni dah boleh bawak untung woo...
Untungnya kebanyakan datang dari ROKOK dan barang - barang basah seperti ayam, ikan, sayur dan buah - buahan. Ah, nampak sangat kat Malaysia ni lebih ramai yang makan rokok dari makan nasi sebab kedai runcit banyak untung dari rokok dan bukan beras. Hebat kan orang Malaysia? selalu berasap mulutnya walaupun cuaca panas. Macam kat old trafford lak kan.
"Nak kaya, bisnes memang jalan terbaik. Keuntungan besar boleh dapat dari berniaga. Tapi satu nasihat pakcik, dalam apa - apa bisnes sekalipun, tak kiralah kecil ke besar ke, yang penting, kau kena serius. Jangan kau buat kerja macam melepaskan batuk di tangga je. Pengurusan kena betul. Keluar masuk duit kena pantau dan kira setiap masa. Jangan cincai je, habis bisnes kau nanti. Aku bukak kedai runcit je ni pun dah berfail - fail aku buat untuk keluar masuk duit kat kedai aku. Lagi kau nak bisnes besar - besar, memang kena carik orang yang pandai urus duit. Ingat, business is no play - play thing haa! "
Aku ye angguk aje. Student macam aku kan, layan kan jela tapi aku percaya kata orang tua tu. Bisnes tak boleh main - main kalau nak untung. Lu serius, lu ley hidup. Pengurusan cincai, otak lu juga akan cincai bila untung tak ada hujung bulan. Ley mampus macam tu.
gua nak bukak kedai macam orang tua tu jugaklah |
kalau jual marijuana ok gak kan? HAHA |
Hei, sudahlah, gua nak g mandi. Ada sesapa nak ikut?
3 comments:
hahaha. nice!
terbaik lah.
setuju dengan ape ko cakap.
apa-apa benda lau serius pasti ok.
jom join segmen aku =D
haha trimas si keroro..
*aku suka member dia yang kaler itam tuh. ganas cket. HAHAHA
dah besar aku nak bukak kedai runcit jugaklah. nak jadi partner aku tak? hahaha
Post a Comment