"Aduh, habis dah rupanya winston aku. Aku ingatkan ada lagi. Kotak kosong je rupanya aku bawak tadi. Rol, mintak rokok ko sebatang,"
"Nah, amek jela sial. Itu pun nak mintak - mintak. Buat gua geli je lu taw tak," aku kurang pasti jawapan adik aku itu sangat relevan atau boleh dikategorikan kuang ajaq.
Kami dalam perjalanan ke kampung atok. Dah lama jugak la tak menjenguk ke sana. 3 bulan jugak lah seingat aku. Padahal dekat je. Sejam setengah dah jejak. Apa cucu derhakalah aku ni. Takpelah, hari ini demi atok dan nenek ku tercinta, aku datang ke sana tuk gembirakan diorang. Orang tua ni simple. Diorang dah tak perlu nak fikir pasal duit makan, duit hutang semua. Diorang janji cukup makan, air, pakai, dah ok sangat dah. Apa yang boleh gembirakan diorang? Bila anak - anak dan cucu - cucu datang jenguk diorang. Diorang rasa bahagia sangat dah.
Bahagia? Apa tu?
Pada aku, bahagia ni muncul bila semuanya dirasakan di dalam 'perfect situation' atau 'everything's perfect'. Entah aku tibai je ni istilah inggeris tu, jangan caya sangat. Aku maksudkan bila semuanya rasa seolah - olah sempurna bersesuaian dengan garis waktu dan alam sekeliling, itu aku ertikan bahagia. Kadang makan goreng pisang boleh timbulkan suasana bahagia. Ia luas dan boleh datang dalam apa sahaja situasi tapi bukan selalu. Ia melibatkan soal kesemua panca deria kita dan berkait rapat dengan hati seseorang. Hati memainkan peranan penting dalam kewujudan BAHAGIA ini.
Tak faham? Nak contoh? Tak payah search kat google atau pergi library. Aku bagi contoh yang mudah dan senang sehinggakan pak pandir boleh mengangguk gembira kerana faham sesuatu buat pertama kalinya.
---------------------------------------------------
" Awak buat balik semua ni! "
" Siapkan kerja ni segera. 'Death'line about three days from now!"
" Kita kena bekerja keras. Sale kita agak jatuh in last three month. Kita kena buat sesuatu extra! "
" Saya rasa awak dah tak layak pegang jawatan ni. Ini gaji dan pampasan awak. Esok tak perlu datang lagi ok."
" Bla..Bla...Blabla...bla...BLA..."
" Bos, bos free tak malam ni. Rumah i kosong, tak ada orang. Datanglah ye. "
Macam - macam dugaan ketika kerja. Memang tekanan kecuali dialog terakhir tu. HAHA. Abaikan karutan aku tu.
Balik bekerja dengan kepenatan tahap mengutuk Justin bieber memang boleh menggugat kesabaran. Apa sahaja boleh menjadi punca amukan walaupun lalat menyinggah ke buku lali. Siapa yang tidak takut kan? Hati panas...
***************************************
Pintu kereta dihempas. Beg kulit hitam di hayun dengan perasaan jengkel. Wajah agak kusam kurasa menahan marah dan penat. Dibuka kasut dengan longlai dan pintu diketuk.
Knock! KNOcK! ( bunyi pintu mat saleh )
" Sayang!! Bukaklah pintu ni cepat!! Aku dah balik ni!! Tak kan itu pun kau tak perasan! Ada aku terajang tiang letrik kat depan tu kang lepas geram." kata si suami.
" Sori lambat bang. Saya dekat dapur tadi. Sedang masak asam pedas kegemaran awak tu. Jangan marah - marah bang, melompat ikan mayong dalam periuk tu kang dengar awak marah " sambil buat senyuman manja. Si suami menjeling sahaja tanpa senyum. Mungkin sedang menyembunyikan ego lelakinya.
" Kejap ye bang, abang duduklah dulu bawah kipas tu. Rehatkan badan dulu. Tipah pergi dapur kejap ye bang "
Tali leher dibuka rakus. Deru angin kipas di nombor 5 memang tidak sabar untuk ditunggu lagi. Berlengging itu pilihan terbaik. Butang bajunya habis ditanggal dan kemeja itu diletak di tepinya sahaja. Beberapa keluhan kedengaran tanda keenakan angin kipas di ruang tamu itu. Televisyen dihidupkan sebagai syarat sahaja dari mendengar bunyi kuali di dapur.
" Bang, ini air bang, minumlah. Saya nak sambung masak kejap ye bang. Nanti kita makan sama - sama ye. " Kata isteri dengan jelingan menggoda. Memang habislah kau malam ni tipah! Bisik si suami sambil ketawa kecil. Hilang sudah kepenatannya sebentar tadi. Dia termenung bahagia.
Hatinya tenang tapi tidaklah begitu gembira. Masalah pejabat masih menghantuinya. Tapi dia rasa bahagia. Punya isteri baik dan penyabar melayan angin amarahnya yang dia sendiri rasa celaka. Lagi bila difikirkan penat - penat balik kerja, panas - panas, tanpa banyak bunyik dan banyak tanya, air sirap ais limau dihidangkan. Ditambah senyuman menggoda persis Julia Pereze di majalah playboy Indonesia memang mengancam. Mengancam sangat - sangatlah. Dia boleh rasa bahagia dilayan begitu. Hatinya sangat - sangat bahagia.
APA ITU KUASA sirap ais limau?
itulah permainan hati. Bila semuanya rasa sempurna, hati boleh terdetik ' oh, bahagianya aku '. Sedang marah, penat, tekanan, sakit hati semuanya rasa celaka. Ubatnya mudah. Dilayan sempurna oleh insan yang kau sayang. Ada juga yang cukuplah sekadar bertentang mata dengan yang tersayang. terpulang pada masing - masing. Ia hak individu bukan?
Mak bapak kita amat menyayangi kita. Dari kecil hingga dewasa, tiada apa yang dia dendamkan atas kesalahan kamu. Kerana dia sahaja yang tahu betapa besarnya makna kamu dalam hidup mereka. Tapi kita sekarang mudah lupa. Kita kata kita sibuk bekerja tapi tak kaya - kaya juga. Kita kata kita tiada masa, tapi tak ke syurga juga. Kita kata kita itu dan ini, tapi ada sahaja masa melancong, berkelah di sana sini. Relevankah kita jika tiada satu hari untuk menjenguk ibu dan bapa dalam setahun? Tapi masih ramai yang begitu bukan. DUNIA, Dunia.
Sudahlah berangan. Sedarlah kesilapan. Jom balik kampung jenguk orang tua. Asyik kerja je. Nanti lu dah jadi tua, baru lu nak nyesal anak - anak tak jenguk lu? Dah lambat. Lu masa tu dah tunggu orang kampung bacakan Yasin je.
Errr....
Perlu Jugak Ke Mak bapak sediakan SIRAP LIMAU AIS?
Suka? Mai la tekan like. ( wajah mengharap )

11 comments:
baru tadi jumpe mak ayah saye. haha.
btw sedapnya air. tengah berpuasa ni tetibe teringin nak buka minum air ni. hee.
HAHA baguslah...:)
buka puasa dapat tebu baru layan....HAHA
ape tadi? senyuman mcm julia perez? mak oiii.. haha tu lah, kalau dah bahagia, gigi rongak pon nampak cantik je kan.. hehe
p/s: masih mencari kebahagiaan itu.
HAHA tu la pasal, kalau dah nama sayang, semua nampak indah...haha
lilex2..abeh blaja nanti masa kau nak tolak pinangan lak. banyak sangat masuk kan....HAHA
tak jumpa 3bulan kira derhaka ke? aku setahun sekali je . agak2nya kategori apa?
haha... nice3... =)
ummu, dia bergantung kepada keadaan. Kalau dah jauh melampau tu ada lah khilaf dia...HAHAHA
thanx yadz! :)
jumpa setahun sekali . tu pun kat rumah bawah tanah . 7 kaki dalam . sobs
ops, maaf. aku tak taw ummu oii...sori...:(
nice.... dahaga pulak tengok air nih...
Post a Comment