Google search dibuka. Pelbagai perkataan aku taip. Aku test satu - satu mengikut intuisi aku. Ya, macam - macam juga yang enak untuk dibaca. Tapi aku tertarik tentang satu artikel ini.
4 JENIS MANUSIA DI DALAM DUNIA.
Aku terminat untuk membacanya. Tajuknya sahaja membuatkan aku teringin melihat aku di dalam golongan yang mana. Apa indah? Apa celaka? Hanya DIA sahaja yang Maha Mengetahui.
Aku kongsikan di sini.
1. Mereka yang tidak ada lidah dan tidak ada hati.
Mereka ini dikatakan golongan yang patut dijauhi dan elaklah dari memasuki golongan ini. Golongan inilah yang menghuni neraka dan dilaknat Allah.
"Berjaga-jagalah jika kamu hendak mempengaruhi mereka supaya mereka patuh kepada Allah dan beri amaran kepada mereka terhadap apa-apa yang memusuhi Allah. Jika kamu berjuang di jalan Allah untuk mengajak mereka menuju Allah, maka kamu akan jadi pejuang dan pahlawan di jalan Allah dan akan diberi ganjaran seperti yang diberi kepada Nabi-nabi dan Rasul ".
2. Mereka yang ada lidah tetapi tidak ada hati.
Jauhilah dari orang - orang seperti ini kerana katanya amat manis dalam mempengaruhi. Api dosanya akan membakar kamu dan hatinya yang kotor itu akan membunuh kamu.
3. Mereka yang mempunyai hati tetapi tidak ada lidah.
Dia adalah seorang yang beriman.Allah telah mendindingkan mereka daripada makhluk dan menggantungkan di keliling mereka dengan tabirNya dan memberi mereka kesedaran tentang cacat cedera diri mereka. Allah menyinari hati mereka dan menyedarkan mereka tentang kejahatan yang timbul oleh kerana mencampuri urusan orang ramai dan kejahatan yang timbul oleh kerana mencampuri orang ramai dan kejahatan kerana bercakap banyak.
Oleh itu mereka dalam golongan jenis ini adalah Wali Allah dalam rahsiaNya, dilindungi dan diberi keselamatan, bijaksana, rakan Allah dan diberkati dengan keredhoan dan segala yang baik akan diberikan kepada mereka.
Oleh itu, kamu hendaklah berkawan dengan mereka dan bergaul dengan orang-orang ini dan diberi pertolongan kepada mereka. Jika kamu berbuat demikian, kamu akan dikasihi Allah dan kamu akan dipilih dan dimasukkan dalam golongan mereka yang menjadi Wali Allah dan hamba-hambanya yang Soleh.
4.Mereka yang diajak ke dunia tidak nampak(Alam Ghaib), diberi pakaian kemuliaan seperti dalam sabda Nabi SAW;
'Barangsiapa yang belajar dan mengamalkan pelajarannya dan mengajarkan orang yang lain, maka akan diajak ke dunia ghaib dan permuliakan".
Orang dalam golongan ini mempunyai ilmu-ilmu Ketuhanan dan tanda-tanda Allah. Hati mereka menjadi gedung ilmu Allah yang amat berharga dan orang itu akan diberi Allah rahsia-rahsia yang tidak diberi kepada orang lain. Allah telah memilih mereka dan membawa mereka hampir hampir kepadaNya. Allah akan membimbing mereka dan membawa mereka ke sisiNya. Hati mereka akan dilapangkan untuk menerima rahsia-rahsia ini dan ilmu-ilmu yang tinggi. Allah jadikan mereka itu pelaku dan lakuanNya dan pengajak manusia kepada jalan Allah dan melarang membuat dosa dan maksiat. Jadilah mereka itu "Orang-orang Allah". Mereka mendapat bimbingan yang benar dan yang mengesahkan kebenaran orang lain.
Mereka ibarat timbalan Nabi-nabi dan Rasul-rasul Allah. Mereka sentoasa mendapat taufiq dan hidayah dari Allah Yang Maha Agung. Orang yang dalam golongan ini adalah pada peringkat terakhir atau puncak kemanusian dan tidak ada Maqam di atas ini kecuali Kenabian.
Oleh itu hati-hatilah kamu supaya jangan memusuhi dan membantah orang-orang seperti ini dan dengarlah cakap atau nasihat mereka. Oleh itu, keselamatan terletak dalam apa yang dicakapkan oleh mereka dan dalam berdamping dengan mereka, kecuali mereka yang Allah beri kuasa dan pertolongan terhadap hak dan keampunanNya.
--------------------------------------------------------------
Sheikh Abdul Qadir Al-Jailan telah bahagikan manusia itu kepada empat golongan. Sekarang terpulanglah kepada diri kita untuk memeriksa diri sendiri jika kita mempunyai fikiran. Dan selamatkanlah diri kita jika ingin keselamatan. Mudah-mudahan Allah membimbing kita menuju kepada apa yang dikasihiNya dan diredhaiNya, dalam dunia ini dan di akhirat kelak.
--------------------------------------------------------------
Di mana kita? di golongan yang pertama atau yang terakhir? sama - samalah merenung diri sendiri. Muhasabahla senang cakap.
*mood insaf pepagi nih.
5 comments:
moga2 tergolong dalam insan yg diredhai Allah..amin...nice sharing
menarik...
thanx 4 the info....
*lawa gler layout ko....
amiin...:)
Kaizen, aku baca sendiri pun aku dah terasa.
iskh, tak adalah lawa mana. aku tak reti nak tukar header je. hu3
selalu2lah buat amal ye. hehe.
aku selalu berangan je. tapi bila tiba situasi sebenar, aku gagal. Entah bilalah aku nak berubah
Post a Comment