Macam - macam respon, pendapat, pandangan diterima.
Pendapat aku?
Meh aku cerita kejap meh...
-------------------------------------------
" Kal, nah ambil air milo ni. Seronok mak tengok kau belajar. Sejuk hati mak." kata emak aku, bukanlah emak jiranku mahupun isteriku kerana aku belum berkahwin.
"Iskh mak ni, susah - susah je tapi ok gak, saya nak buat air pun dah malas dah. Peningla mak buat soalan buku latihan Penilaian Tahap Rendah (PTS) yang mak belikan ni." Buat pengetahuan semua, PTS tu lah yang membuatkan aku lompat dari darjah 3 ke darjah 5 tegak tanpa melalui zaman darjah 4 yang bosan di sekolah rendah. Sekarang dah tak ada dah.
Selesai PTS, aku disahkan lulus. Aku buat muka selamba jela tak adalah hepi sangat kan sebab aku ni jenis yang macam tak ada perasaan sedikit. Mak aku seronok bukan kemain.
Korang rasa normal kan? aku lulus, memang dia suka.
-----------------------------------------
"Anak puan ditangkap kerana keluar malam tanpa izin. Dia ditahan di kedai makan di luar pada pukul 1:30 malam di kedai Pak Mas'od." Kata Guru HEM itu. Aku tibai je nama kedai tu, tak ada kaitan dengan yang hidup atau mati. Aku form 3 masa tu. "Setelah kami bermesyuarat dan kami buka semula fail kesalahan anak puan, kami bersepakat menasihatkan puan memindahkan anak puan ke sekolah lain kerana kami tidak sampai hati ingin meletak title 'buang' di dalam rekod pembelajaran anak puan." Sambung si tua itu.
Aku diam tunduk. Tak sanggup nak tengok muka mak aku. Aku tahu aku salah, tapi bukan salah aku sepenuhnya. Sekolah tu yang salah. Aku keluar sebab aku nak rilek - rilek. Duduk kat dalam ada je kes aku nak buat. Baik aku keluar. HAHA
Aku jeling mak aku. Dia menahan malu. Aku tahu dia sedang malu kerana aku. Maafkan ku mak, aku tak fikir akibatnya.
Sudahnya, aku dibuangla tapi atas nama pindah. Untung masa aku kantol 'fly' tu, aku dah habis PMR. Kira senang cincai la. Sepanjang perjalanan pulang dari sekolah itu, aku berdiam diri sahaja. Aku serba salah kerana emakku datang menempuh perjalanan 2 jam setengah semata - mata menjemput aku dari sekolah asramaku dan pasti tidak akan ke sana lagi. Ya, sampai hari ini. Slip peperiksaan PMR aku pun tersadai lagi kat sana. Gila lama. nak dekat sepuluh tahun dah haa.
3 hari aku tidak makan bersama family dan bertegur kerana rasa bersalah yang amat.
" Kal, meh makan sini dengan mak meh. Ada benda mak nak cakap ni." lembut.
Aku pantas je ke dapur. Berbekalkan perut yang lapar kerana hanya kunyah biskut je 3 hari dengan air teh o, ajakan mak aku memang menggugat kewarasanku. Dicapai pinggan dan senduk nasi dengan pantas.
"Kal, dahla, lupakan apa yang berlaku. Tapi ingat, kau kena sedar kesilapan kau. Kau kena ingat silap kau dan jangan ulanginya lagi pasni "
"ye mak." aku berwajah pasrah sambil melantak nasi berlaukkan kicap sahaja itu. Sedapnya mengalahkan nasi baryani.
Hukuman mak aku nampak ringan, tapi payah sebenarnya. Disuruhnya aku daftar semua sendiri. Nak masuk form 4 masa tuh. Ke hulu ke hilir aku pergi. PPD, Pengetua sekolah. Sekolah pertama aku pergi, dia reject aku. Penuh alasan dia. Entahla, teruk sangat ke aku ni? result aku ok apa..ada gak 3A masa PMR.4B lak tu. Kira hebatla bagi golongan kelas last masa form 3 dulu.
sekolah kedua aku daftar, baru dia sudi masukkan nama aku dalam fail sekolah diorang. Diletaknya aku dalam kelas sains tulen,5sains1. Orang kata dak kelas tu pandai - pandai semuanya. Ok, memang pandaila kecuali aku. Aku punya meja DEKAT SINI HAA
kenapa aku duk belakang kat tengah lak tuh? Sebab kat situlah tempat duduk yang selalu kosong. Keempat - empat kerusi itu memang wanted tegar kelas kami. Kalau aku hadir, cikgu kelas senang je. terus assume semua hadir. Bila aku tak ada, baru dia sebut nama sorang - sorang. buku report kelas, 79 hari kedatangan aku kosong. 2 bulan lebih rupanya. Aku pasan macam 5, 6 hari je aku ponteng. HAHA
Aku bercerita semua dengan mak aku dan mak aku lah yang ambik report kad aku. Aku seram sejuk dah. Tapi mak aku senyum je jeling aku. Tajam jelingan dia.
" Kal, kal...apa nak jadi kau ni. Dah, yang penting, kau lepas ni fokus untuk SPM. Mak nak tengok kau sambung belajar." mak aku tenang je tak marah. Tapi gaya dia psiko habis sampai aku sendiri rasa bersalah. Sebab tu sampai sekarang aku tak pernah nak tipu mak aku. Tak ada sebab aku nak tipu. Nak pergi dating, dia bagi duit, senyum. Aku pergi snuker pun dia tanya snooker tu kira main satu game berapa.
Apa kaitan cerita ni semua dengan tajuk kat atas?? Lantaklah, aku cuma nak cerita je pasal mak aku. Dia tak pernah maki aku walau bodoh sekalipun pada anak - anak dia. Aku yakin part tu. Dia memang baik.
Aku nanti nak cari awek yang perangai macam dialah. Sapa yang boleh borak dengan mak aku sampai dia ketawa bagai, tu lah bakal bini aku nanti..HAHAHA
-----------------------------------------
Walau apa pun jadi kat aku, mak aku tetap sayang kat aku. Mak aku nak anak dia jadi yang terbaik, tapi dia tak mahu kongkong anak dia ketat sangat. Dia bagi segala kat aku. Dia nasihat aku hari - hari suruh berhenti rokok.
Mak korang jugak macam tu kan?
kan?
kan?
kan?
tapi bila kita dewasa, kita dah ada kerjaya, rumahtangga bagai, nak balik jenguk mak sendiri kat kampung or rumah taman pun susah. Alasan sibuk dengan kerja lah bagai. Jauh sangat? Kereta kau beli 60,70 ribu tu tak mampu bawak pusing semenanjung ke?
err..motor EX5 pun boleh dari johor ke terengganu tau tak. Apa ada hal. Selagi ada kemahuan.
Orang tua nih, dia tak mengharap duit pun dari anak dia. Duit pencen dia cukup dah diorang nak idup berdua. Diorang nak tengok muka anak dia yang dia jaga dari kecik. Diorang nak korang cium pipi dia, salam dia. Tegur dia. Peh, diorang cukup suka semua tuh. Mak kita tu bila tua nanti lagi sensitif. Korang tak balik kampung 2,3 bulan, boleh demam rindu anak - anak dia.
Pasal kes dan isu hari IBU ni, pada pendapat aku, kalau ada masa tu, baliklah rumah, jenguk mak korang, bagila hadiah ke, belanja makan ke yang penting korang ada dekat sisi diorang, melawak, berborak dan jadikan diri korang tu satu medium untuk emak dan bapak kita ni berhibur sekejap. Tak ada yang lagi indah bila anak yang dijaga berpuluh tahun susah payah hadir depan mata menghargai kita.
Tak gitu?
Pasal Hari Ibu lagi? Lantaklah pe pun. Aku tak suruh pun sambut dewa greek bagai tu, aku suruh balik jenguk mak bapak je.
sudahlah, jom kita tidur daaa....
*tukar je nama HARI IBU kepada FAMILY DAY. Apa ada hal kan? Dari asyik sambut dengan bos tempat kerja je. Bila nak dengan mak bapak?
22 comments:
ikut niat sebnr kita klu niat btl2 nk hargai jasa ibu xde hal pon
gembirkan hati dia :)
gi mati la kalo sume nak haram.aku suka entry ni.usaha lagi kal.aku pun kene expel gak.selamat hari ibu untuk kau.semoga kau jd ibu yg terbaik !!!!!!!!!!! -,-
yeah adwa!! niat tu maw betul. yang penting lu balik rumah, jumpa mak bapak gembirakan diorang. Zaman sekarang ni payah woo nak jumpa masa walau satu hari tuk luangkan sepenuhnya dengan mak bapak.
HAHAHA unta kau letak nama sampai sini. Mana kura kau? haha rilek, jgn emo dowh...haha ada pengalaman kena expel gak?
aku memang jadi ibu yang baik dah nih. 5 tahun aku mengandung, tapi aku malas nak keluarkan. sayang punya pasal la nih...hahaha
apa masalahnya sambut hari ibu pon? xde slhnya.. walaupun setiap hari adalah hari ibu n bapa..(^___^)
http://akubudakkampus-adeelahime.blogspot.com/2011/05/hari-ibu-bapa-setiap-hari.html
haihhh rindu rumah kot :(
lmbtnya masa gerak nk blk penang
haha eh, ukm bukan dah habis exam ke?? erozza, syafiq aizat member2 ku sana kata dah abeh dah... kau tak habis lagi??
adeela himme! ok2..jap2 ku baca post kau tuh...:D
mmg best prasaan kene expel ni.cam haram.haha.kura ade je membuncitkan diri.tc !!
hahaha yela si unta oii!! memang cam haram rasanya. terajang kepala HEM tu pun bagus...kah3.. kim salam kat fakar. papa kim salam cakap kat dia.
aku pon tak sambut hari ibu juga, tapi just bagi dia poems yang aku buat ja time hari ibu nanti klu tak mak aku pelik igt ak nak mintak apa2 plak klu aku bagi poems tu skrg. haha. btol ibu bapa tanak minta pa2 pon dr kita cuma nak kita berjaya n jd orang berguna ja. :)
yeah, wa sokong lu otromen taro! haha
bagi poems sampai dorang nangis terharu sana ok!! :D
sape beli kete memahal pas2 x reti2 nk balik tgk mak ayah tu sengal namenyer...
itu ok lagi, biasanya handphone yang mahal, lebih 1K kalau nak dikhabarkan. Kredit banyak sebab kol awek boleh berejam, tapi jarang kol mak dia. Kalau kol pun berhajat bila duit habis. Itupun miskol je. tggu orang sana kol. Apa kes?
wah!best ceritanya!dan ending entri ni pun best!sokong! :)
HAHAHA TRIMAS geng!! nampak besar aku terima kasih ni haa...ahaha takdalah best mana pun..aku ni memang kuat bebel...jadi aku taip jela...thanx sudi baca!! :)
tak balik 2 minggu kata 2 bulan dah tak balik. padahal masa setiap bulan dan setiap minggu jugalah balik. adehhh~ syg umi juga~ :D
hahahahaha rilek2...ikut je kata diorang..balik, jenguk diorang, diorang senyum je, korang dah boleh cium bau syurga cket dah...bukan susah pun kan...HAHA :D
HAHAHAAHA, . terbaik la mak kau! :DD
kirim salam weh :P
HAHAHAHAHHA. terbaik la mak kau! :DD
kirim salam wey ! :P
terbaik?? memang pun...hahaha sporting dowh dia! mana tak aku sayang dia.,..haha :D
Ala, semua mak terbaik, cuma cara masing2 ada..:)
woi
hakhak
samalah....aku pun dulu lompat2.tapi xperiksa pun mcm kau.
kau kena buang tu sbb fly dari asrama ke?
aku pun lepas PMR kena buang. aku stret A kot.tak guna punye sekolah.aku terbang2 sebab nak makan.lapar kan....
nasib baik ada mohon teknik. kalau tak schoolless lah aku tak sekolah.kehkehkeh
mak aku pun terima aku.mungkin sebab aku memang baik.(yang ni beza)
Post a Comment