Hari - Hari kita ketawa.
Aku tahu hidup ini memang indah. Diselitkan lawak jenaka di sekeliling kita, memang gelak tawa itu senang dicari. Bila melepak malam, dengan kawan - kawan, dengan rakan - rakan, hening malam seperti tidak wujud jadinya. Ya, itu nikmat dunia.
Tapi,
Bila ada tawa, bayarannya mesti kecewa. Dikata seperti hukum dunia, seperti satu 'cursed' kata si 'AMERika'. Dimunculkan pendapat itu di dalam buku - buku psikologi, di ceramah - ceramah berkaitan, malah di dalam lirik lagu. Apa sakitnya ketawa?
Pada aku, itu adat dunia. Itu memang dugaan di dalam dunia untuk semua umat manusia. Aku juga menganggap semua suka dan duka itu corak kehidupan kita semua. Itulah yang mewarnai mentaliti, jiwa dan perasaan kita. Ah, sialan kalau hanya satu perasaan kita rasa. Orang gila sahaja yang tak punya perasaan.
Ketawa atau sedih ada batasnya. Ada caranya. Mudah sahaja.
Tak payah lebih - lebih. Itu sahaja. Orang cakap, biarlah bersederhana. Bila dah lebih - lebih, tak ada yang elok pun. Kalau sedih contohnya, jangan lah sampai meraung - raung, meracau tak keruan, meratap sesuatu dan yang paling hot skang BUNUH DIRI. Apa tetek perangai kau sampai bunuh diri bagai. Ye, mugkin best agaknya terbang macam burung sebelum terhempas PAPPP!!! di atas jalan tar tepi mall. shit.
Bila hepi pun, beragaklah jugak. Jangan kau hepi sangat. Ketawa ada batas, suka pun ada batas. Bila batasnya sudah hilang, mulalah carik arak, mabuk reramai tanda hepi. ' Kempaiii!!!' bak kata Jepun. Kepala hotak korang bila hepi buat macam tu. Ye, bagus memang bagus.
" Korang telah berjaya memenangi 1 tiket untuk seorang ke neraka JAHANNAM dengan airbus syarikat kami. Selamat sampai ke destinasi ye semua. "
Ibu segala dosa ialah arak. Lu rasa lu berani teguk? Memang hepilah kan lu tempah neraka secara online bila lu teguk arak.
----------------------------------------------------
Kemahiran aku ialah melepak dan membahan orang sehingga hadirin sekalian tertawa. Memang jahat mulut aku ni tapi gua taw member - member gua semua sporting sebab aku pun selalu jadi 'bahan' bila melepak. putaran alam mungkin.
Aku suka happy - happy. Semua orang suka. Semua orang juga suka carik aku untuk dapat dan curik sedikit happy - happy yang gua ada. Aku selalu bagi orang ketawa semua. Ah, benci aku sedih - sedih. Aku tak nak member - member aku sedih bagai. AKu hiburkan diorang. Tapi berbatasla, tak adalah aku hiburkan sampai joget bogel pegang tiang. Itu khurafat namanya tuh. menyeru jin tu. Jin tua tak sedar diri yang tinggalkan anak bini kat rumah tengok tiger show.
Aku dah mengarut jauh dah ni. Sudahlah, aku nak pergi mandi...trr..trr....aku tak mandi lagi ni. bacin asheemmm dah aku bau ketiak aku sendiri. BABAI.
4 comments:
nk sedey gembira mmg kene berpada2 kang nnt mmg mkn dri punya
*belog ko nie pon da bau bacin..cpt2 la g mndi!
yeah, itu betul..kena ikut tempat dan situasi jugaklah...:)
tapi aku ni kadang selalu gurau kasar. HAHA
opss, hari minggu..rileksla...HAHA
Yo yo!bestlah anda ni..saya peminat awak tau..KAHKAHKAH
Ko memang nak buat aku muntah2 ke ummu oii? HAHAHA banyaklah peminat kau..aku ni sape je....*nada sedih
Post a Comment