Pages

Monday, April 18, 2011

Teknik 'SHARE' ilmu dari internet

Ini post yang penuh emosi. Ini memang yang paling emosi dalam sejarah aku menulis blog. Bukan kerana ditinggalkan gadis atau melibatkan apa - apa yang ditinggalkan kerana aku memang layak ditinggalkan, jadi aku kuranglah emosi itu tetapi ini kerana emosi sendiri yang tidak boleh diberitahu.

Aku memang abstrak akalnya. Mungkin kerana faktor persekitaran yang pelbagai. Aku memang kuat mengarut tapi bukan menipu. Aku memang suka ketawa tapi bukan mengetawakan. Aku memang suka mencarut tapi bukan memaki. Aku memang nakal tapi aku tidak jahat. Aku memang remaja muda mentah tapi aku bukan remaja muda cetek akalnya. Aku belajar dari pengalaman. Aku belajar dari SEJARAH. Mempelajari sejarah tidak bermakna tidak melihat ke hadapan, ke hari esok. Tetapi jika lupa akan sejarah, kemajuan itu akan kosong tiada apa. Bila - bila sahaja boleh hancur sekelip mata. Kita jangan ulang sejarah kejatuhan lampau. Kita ubah ia dan cipta satu sejarah baru dalam dunia. Ia hebat bukan?

Keghairahan dalam dunia maya, menulis fakta pelbagai. Kan? Macam - macam yang kita baca, kita kongsi kan? Bagus kan berkongsi ilmu. saya tahu semua itu. :)
Baguslah jika ikhlas memberi ilmu....:D
Tapi, kita sebenarnya kurang satu bahagian dalam proses perkongsian itu. APA? Rileks, mari saya jelaskan.



CARA MENYEBAR ILMU DI INTERNET ( atau dari memana korang jumpa )

1) Membaca atau terbaca bahan bacaan ilmiah atau info atau fakta di dalam screen komputer atau laptop.
2 ) Mengangguk setuju dan berasa minat akan bahan bacaan itu
3 ) Ternampak butang SHARE
4 ) Terfikir nak berkongsi
5 )
6 ) Menekan butang share
7 ) Keluar dekat Facebook, wallpaper lappy, blog dan pelbagai lagi kecuali wallpaper komputer riba. Errk?
8 ) Orang lain baca dan mungkin percaya akan fakta itu.

Cuba teka, apa yang tertinggal di nombor 5?

ERR.....Ada yang tengah pegang kepala, kerut dahi fikir jawapan. HA! yang kat tepi sana tu, nampak suruh fikir je, dah nak tekan butang pangkah kat atas tuh. Nak lari dari blog aku la tuh! HAHA!

aku gurau, jangan marah kawan - kawan.

Apa yang patut dipenuhi dekat nombor 5 tu? Korang keliru atau memang dah ada yang lari - lari kat tepi jalan? Meh aku cerita meh. Yang jauh tuh, duduk rapat - rapat ok. SENYUM DULU! itu wajib! :)

Pada pendapat aku, yang perlu letak kat nombor LIMA itu ialah...........

MENGKAJI KESAHIHAN FAKTA / ILMU / BERITA DARI SUMBER ITU.

Tak ada idea macam mana nak kaji atau rasa malas nak kaji tapi nak post jugak? Tulis sebaris ayat dengan jelas dan katakan yang anda tidak pasti ini benar atau tidak. Paling kurang, orang tahu kita tidak pasti akan kesahihannya maka sebarang orang yang baca post kau tuh bolehla fikir atau kaji sendiri kesahihannya.

Tapi kita selalu lupa nak kaji dan mudah percaya kan. Salah siapa? Salah kita sendiri ok. Aku pun macam tu, jangan risau. Sebab tu aku senang kena tipu.( Errr...) Ok, abaikan cerita pasal aku. Jomla kita sama - sama ubah MINDSET kita jadi lenih bijak dan saksama tentang fakta dan ilmu dari internet ni khususnya. Kerana semua orang boleh menipu. Tinggal yang pembaca tu percaya bulat - bulat semua tu.

Ingat! Percaya pada FAKTA sahaja, bukan AUTA.

salam sayang dari saya,
Haikal yang AYU. <--mengarut

No comments: