Pages

Thursday, April 7, 2011

Jenis - Jenis Kritikan Dalam Kehidupan

Sejak dari pertama kali aku membaca BLOG, iaitu dari aku habis spm, pada awal 2007 la senang cakap, aku amat mudah tertarik dengan blog berhaluan kiri. Apa tu? Blog yang lain dari yang lain. blog yang menongkah arus. Blog yang penuh dengan kritikan membina. Blog yang underground senang cakap. Inspirasi mereka memanglah banyak yang salah, tapi aku tapisla yang tak betul! aku ambil apa isi dalam setiap entry dia tu. Jujurnya, memang aku suka baca dan dengar adegan pengkritikan sesuatu tu. Biasalah, nama pun lepas SPM, bujet - bujet dah dewasalah kan, boleh hisap rokok dekat bustand, boleh beli rokok dengan mudah tanpa ditanya 1002 soalan oleh tauke kedai dan macam - macam lagi. waktu macam tu lah aku punya jiwa pemberontakan sekular aku meninggi. ( perkataan sekular itu tidak patut diguna pakai ). Kalau dah hati semakin memberontak, memangla aku suka part adegan kutuk mengutuk ni. tak gitu? haha ( jom ketawa sesama ).

Tapi bila meningkat usianya, makin dekat matinya ( insaf jap ). Bukan pasal mati yang nak aku cerita. Aku nak cerita pasal ini haa, pasal err.....pasal....err...
KRITIK

Kritik? Simple je kan tajuknya?
Tapi boleh memberi seribu makna weyh kawan - kawan sekalian.

Kritikan pada ku memang mudah. Ada 3 Jenis kritikan dalam kepala otak aku selama ni. Korang nak tahu? tak perlu jawab! Sebab kalau dah tajuk dia pasal jenis kritikan, mestilah aku ceritakan jugak kan walau tidak ada siapa pun nak tahu. TAK PUAS hati? Mari cepat kritik aku!! ( bikin panas je ) Ok, aku gurau. Jangan marah aku.

TIGA jenis kritikan yang aku maksudkan ialah :

  1. Kritikan Membina

    Kritikan jenis ini ialah kritikan yang sangat bagus untuk semua! Kriteria kritikan ini ialah paling penting, niatnya untuk memberi tunjuk ajar, nasihat atau pembetulan kesilapan. Bukan pembetulan benda yang dah memang betul. kang makin sesatlah kang.
    Kritikan ini biasanya dilakukan dengan penuh berhemah, baru penerimaan juga berhemah, dengan hati terbuka. Jangan niatnya baik, untuk menegur, tapi disampaikan dengan lagak keji seekor syaitan durjana. Kasar dan penuh angkuh. Ia memang tidak akan diterima dengan hemah oleh orang yang dinasihat, tetapi mungkin KHEMAH yang bakal terbenam di benak kepala anda.
  2. Kritikan Menghentam

    Kritikan ini paling biasa dilakukan manusia kolot. Mereka mengkritik di atas nafsu semata - mata. Niatnya memang ikhlas dalam kritikannya. Ya, ikhlas dalam menghentam dan menghinalah tapi. Bukan menegur. Aku rasa tak perlu nak jelaskan part ni. Sebab semua orang tahu dan semua pernah rasa. Dihentam suka - suka tanpa sebab. Satu kesalahan kecil dihentam seperti kau telah membunuh seorang Orang - Orang.
    Kritikan yang kejam, ganas dan paranormal.
    Pernah terjadi pada anda? Kongsilah. sebab pengalaman dikritik kejam ni memang meninggalkan kesan mendalam pada diri seseorang. Korang setuju kan?
  3. Kritikan XXX

    Tak faham? Korang sebenarnya faham, cuma tidak jelas. Aku yakin masing - masing pernah melaluinya. Aku panggil dia XXX kerana ia sesuatu yang agak pelik. Ia melibatkan ruang yang amat dalam di dalam kepala kita ( dah dalam, dia duk dalam lagi. Bahaya nih ). Ok, ia tidaklah bahaya. mari aku jelaskan.
    Kritikan ini datang dari seseorang yang kau benci.
    Kritikan ini datang dari seseorang yang memang dikenali dengan penipuannya
    Kritikan ini datang dari seseorang yang berkaitan dengan sejarah hitam dalam hidup kau

    Pernah dikritik dalam situasi di atas?
    Okla, kalau tak pernah, cuba korang bayangkan korang diKRITIK oleh mereka yang korang benci. Walau sebaik mana pun bahasa dia pakai, seelok mana pun teknik yang digunakan. Berhemahla maksud aku. Agak - agakla kan, Korang boleh terima ke tak?

    Tak kan terima? walaupun ia satu teguran membina?

    Ok, Sebab itu aku kategorikan dia sebagai XXX. Kerana teguran jenis ini tetap akan ditolak seluruh jasad dan jiwa kita walaupun ia sebuah teguran membina. Ego akan mengawal diri kita supaya menolak semua keburukan mahupun kebaikan di dalam teguran itu.

Rumit kan akal MANUSIA?


19 comments:

Along Usop said...

along suka menegur..
along suka mengkritik..

along terima ditegur..
along seronok dikritik..

asalkan membina..
asalkan membaiki..

=)

Haikal Blank said...

haha yang ni bagus loong!!
kritikan membina tu memang sangat2 perlu dalam kehidupan ni.
membina dan membaiki itu memang amat digalakkan.
aku bagi lesen kalau nak kritik aku dalam apa pun. aku sedia dkritik jugak!!! :D

ieyza afieyna said...

suka dikritik sbab kita leh tahu kelemahan diri ..:)

Haikal Blank said...

yeah!! haha betul to ieyza oii! :)
tapi kritik kena ada cara dia. jgn pakai hambur je! he3

Aleen Aiden said...

kalau dekat blog,bace kritikan yg menghentam nih skali skala boleh jadik nice juga sbenarnye.tp klo dah diri sndiri yg kene hentam,itu xbrape nice.hu3

kaizen said...

aku baru bg pandangan pas2 ade blogger yg dah ramai folower terase lk...skang nih da cam gado...

*soalannyer...salah ker aku nk bagi pandangan???

Haikal Blank said...

hahah betul gak tu aleen... tapi aku kadang suka orang hentam aku pasal blog ni sebab aku suka tgk gelagat orang..:D

Haikal Blank said...

haha tak salah pun kaizen. tapi kadang orang tak boleh nak terima. kalau jadi macam tu, mintak maaf jela....hu3...

kaizen said...

dah minx maap pon..even bukan salah aku..aku ketepikan rase malu+ego aku untuk minx maaf....tp dia balas balik dgn kate aku x matured?? heh!? sumpah aku akn balas balik...wahahaha.....

*member2 dah api2 aku nih....

Haikal Blank said...

hahaha memang ramai dah bakar2 tuh aku tgk. keh3..ala, wat bangang je sudah...biar dia bodoh sesorang, jangan kita ikut bodoh sama dengan dia. Maruah? jangan risau, maruah kau tak tercalar langsung. Semua orang sokong kau kan...KITA LAKI BRO, kena cool je. Dugaan hari esok lagi banyak dowh!! haha

* baik kita main DOTA dari layan si luncai

kaizen said...

wahh!!!! terbaik la kate2 ko... ape kate ko komen kt blog aku cpt2 cmnih....

Haikal Blank said...

hahaha ok2...kau nak aku copy paste semua pun boleh...biar komen kau cecah 300 malam nih...hahaha
bro pun komen kat ko punya blog kot...nampak sangat kau bukan newbie nih...hahaha

kaizen said...

ak kamcing dgn Bro kt twitter kot...
pg b4 g seminar Mel n Bro tu Bro dah kol aku...aku nk sgt2 lepak ngan Bro kongsi idea bagai tp x sempat....pg tuh klas lak...klo x mmg aku sanggup blnjer Bro kt mamak 25jam tu...

Haikal Blank said...

hahaha owh, haa, tgk tu, aku dah agak dah ko memang otai...kah3...cool~
ala, okla tuh...kenal2 dgn otai, ko mesti naik cepat...kadang dalam dunia bloggering ni, kita kena ada orang kuat sokong kita. baru segalanya senang. tapi, kena ikhlas dan usaha kena banyaklah.

p/s : jgn ikut aku.aku ni jenis malas! haha

kaizen said...

aku bukan nk carik jln senang tok naik dlm dunia blog ni...aku lg suke org terima blog ak dgn care masing2...ak knal dgn Bro tok tny ape2 yg ptot psal blog...tok minx pendapat...tkr2 idea....

Haikal Blank said...

hahaha ok2...kau memang cool kaizen oii...ayat camni yang aku tggu. aku sebenarnya pernah bosan dengan berblog ni sebab aku jumpa blog2 sampah je masa muda - muda dulu kononnya sebab pemikiran aku budak - budak lagi kan. lama - lama, bila jumpa macam - macam jenis orang, aku jadi tertarik.
aku sedang memerhati antara blog dan realiti seseorang penulis tu.
macam - macam bnda weyh aku jumpa. dan cara kau cool. serius. keh3...itu yang aku maksudkan IKHLAS dalam komen kat atas..:)

kaizen said...

yeke?? xde la..bese2 jer...aku just nak tulis benda yang aku suka..n yg penting kate Mel n Bro FAKTA KENA BENAR kn....wahahaha..tq sudi follow blog x seberapa aku....

Haikal Blank said...

haha good. benda yang betul, kena ketengahkan. dan jangan mudah percaya fakta internet. kaji dulu ok! :D

ala, ku follow sebab blog kau ada isi. ada benda untuk dibaca. sebab aku ni suka baca. cuma dipilihla bahan bacaan tu. enjoy, ku baca. ;)

kaizen said...

Insya-Allah...tego2 la entry aku kot2 ade yang salah...pas2 kalo nk request pon boleh...

*aku baru hapdet blog...siap backlink ke blog ko entry talk dr bro...

orang memberi, kita merasa,
orang berbudi, kita berbahasa.