Malam ni, macam biasa, kerja aku on9 jela...setelah rasa tekanan menjawab statistik tadi dengan jawapan serba kekurangan, aku bukaklah internet. ( kononnya )
nak dijadikan kisah, internet sangatlah kasihan sehingga facebook pun hanya nampak line biru kat atas tuh. sedih jugak r..
tapi bila bukak blog, ok aje! aku pun xpahamlah....haha so, nak melepaskan dan melempiaskan kebosanan, aku melukis - lukis dan mengupdate blog. ( blah la ) haha
aku tersenyum seorang. kenapakah ada lelaki yang selalu tertipu dengan wanita? kenapa aku berfikir begitu?
adakah aku di antaranya? :)
tiada siapa tahu. dalam kehidupan, memang macam - macam ragam. ada itulah inilah, macam - macam ada. kita sukar dan susah sebenarnya nak memahami cara pemikiran si DIA dan DIA yang persekitarannya berbeza. mungkin kau senang kata itu salah, ini baiklah, tapi kau silap dalam cara menasihati. mungkin. :P
bila kau hidup di dunia kau, kau sukar amat untuk memahami perasaan dan pemikiran si dia yang persekitarannya berbeza. tidak faham?
ok, cukuplah jika kita melihat dari perbezaan usia. aku la sebagai contoh. aku xkan faham perasaan orang yang berumur 40 tahun sepenuhnya, kerana aku tidak pernah melaluinya!
ia juga bukan sekadar umur, tapi juga sudut yang lain seperti pekerjaan, taraf pembelajaran, harta, keluarga dan lain - lain lagi. jurang yang wujud dalam sosio seharian memang amat menyukarkan pemahaman satu sama lain.
bukan apa aku nak cakap pasal ni, cuma seharusnya kita cubalah sebaik mungkin memahami seseorang sebelum kita nak kritik atau apa - apa. kalau nak nasihat, guna cara elok. jangan main tengking je. apa cibet perangai keje nak maki orang je kan.. kan x senonoh tu. :)
sama - samalah baiki diri ok!! saling menasihati dan bertegur sapa! :D
adoyai, sok ada klas lagi. tapi aku nak siapkan assgnment jap ni haa...
sudahla, berdamai jela bagi yang gaduh, memahamilah sesama kita. kita kan 1 malaysia...:)
Assalamualaikum dan selamat malam...:)
No comments:
Post a Comment