fuh, penatnya badan. kerja bersepah. ah, melantak pun belum. lapar? mestilah....hmm...
masalah masalah masalah. hari - hari ada masalah. korang pun sama kan? kan?
cerita tentang masalah. memang kadang kita rasa nak bunuh diri, nak pukul jiran sebelah, nak sebat pokok kelapa kat belakang rumah dengan kaki membe kita, nak bakar kereta teman serumah kan?? sabar....korang jangan tension - tension...senyum jap ye bila baca tulisan ni. :P
aku ni memang tidak reti menghiburkan orang. aku tak pandai nak buat lawak atau jenaka. memangla aku bukan orang yang sesuai untuk releasekan tension korang kan? ok, jangan marah aku.!
tension? ok, saya cuba leraikan masalah korang tu. ok, mari sini duduk depan saya. ( sunyi )....................
ha, dah duduk? ok2...rilek...wa taw lu tension...rilek...tarik nafas panjang2,,....tarik nafas sahaja, tangan jangan merayap kat nurse saya. ingat. ok, tahan 3,4,5,6 saat. ok, hembus...
............................( terdiam )
ok, awak duduk situ diam2...biar saya pula praktikan cara tarik nafas tadi. tiba - tiba saya pula ye yang tertekan bila hidu hmbusan nafas durjana awak itu..
( sabar haikal, sabar...)
haa...ok, dah siap tarik nafas??
BAGUSS......
cuba pandang atas...
weyh! jangan pandang dulu!!
tak habis cakap lagila!!
pandang atas misai saya ni...haa....camtu....
cuba awak kira berapa bulu hidung saya yang terkeluar?
aduh, apa pasal ko hempuk aku pakai ketayap tu...
kan x baik...apelaa...
ape baiknya kira bulu hidung dari tertekan dengan masalah dunia??
aku cakap dari ko tertekan macam orang gila, nangis2, baik ko kira bulu idung aku. lagi baik!
kalau takat masalah kecil pasal kerja, study, cinta duniawi kau dah nak nangis - nangis, sedih - sedih bagai, putus asa, baik ko mati!
ini dunia kawan....masalah itu satu kehidupan.
MANUSIA tanpa masalah ialah ORANG GILA!
mereka hepi, ketawa je tiap masa. kena terajang pun senyum.
itu yang kau nak??
ok, so, ape kena wat?
BERSABAR!
BERFIKIR!
SELESAIKAN!
masalah itu bukan KEKAL!
ada penyelesaian..ada jawapan....
cuma sama ada akal kau mampu buka kuncinya atau tidak!
bukan berputus asa tak tentu hala...
kita kan ada akal, ada otak...
GUNAKANNYA!
ok, kadang pengalaman itu memisahkan kemampuan kita menyelesaikan masalah, tapi waktu inilah gunanya orang sekeliling kita! tanya pendapat dari mereka yang dipercayai... keluarga, kawan baik, pakwe makwe, guru tadika, semua boleh!
apa lagi kan??
hmm....memang x salah kalau nangis ke apa, tapi padaku, biarlah nangis, tapi jangan putus asa. kita KUAT kan? jangan sesekali putus asa dengan kehidupan..bersabarlah...
manisnya kebahagiaan itu mahal harganya. ingatlah ok!
" janganlah kau lupa akan DIA yang MAHA MELIHAT dan MENDENGAR. "
No comments:
Post a Comment