Pages

Wednesday, March 9, 2011

CELOTEH tentang : Aku, Facebook, Kita

semua kenal facebook? tidak kenal? ah, tipulah. facebook tu dah sangat meluas lagi - lagi kat Malaysia ni. semua student hari - hari menggunakannya. confirmlah semua kenal! lagi - lagi si blogger. kalau tidak kenal facebook, apa lagi nak buat kan selain berblog? keh3.....

FACEBOOK pada aku.
ia sebuah tempat or ruang untuk bersama, bercerita, berkongsi, menulis, melawak, memaki dan semua bentuk jenis hubungan yang wujud. ia lebih tepat disebut sebagai perantaraan antara manusia dan manusia di dalam alam maya internet.

Aku dan FACEBOOK
ya, aku menggunakan ruang yang ada di dalam facebook kebanyakannya untuk melawak. aku suka mengarut di Facebook dalam pelbagai cara. dengan gambar, status yang bujet HOT, dengan komen2 pedas aku di status orang dan macam - macam lagi. ia membuat aku ketawa setiap hari. tetapi, aku bukanlah manusia yang digemari ramai orang. kata - kataku biasanya tegak dan kasar dan aku tahu ramai juga yang bencikan aku. aku sangat berterima kasih pada mereka yang mampu terima cara aku dan ketawa bersamaku. :) thanx geng....

FACEBOOK juga menjadi tempat untuk aku mengasah otak aku supaya terus berfikir bagaimana hendak mencipta satu atau dua ayat yang pendek tetapi sangat padat dengan sindiran yang tidak pernah orang fikirkan dan ia sangat kelakar. kreativiti aku selalu tercabar setiap hari bila memikirkan idea untuk membuat status. yang pasti, semua status aku tidak pernah menuju kepada sesiapa. hanya sekadar gurauan semata. aku memang suka bergurau kan rakan - rakan? :P

fakta dan auta memang banyak di dalam facebook. banyak maklumat boleh didapati, kata - kata semangat dan motivasi juga banyak! tekan sahaja HOME, mesti ada sahaja rakan - rakan kita yang  menulis status tentang kata - kata indah yang merangsang semangat dalam jiwa. :)
itulah baiknya facebook yang ku jumpa.

ya, semuanya indah, tapi ada juga yang menyakitkan berkaitan facebook. ramai juga pasangan bercinta putus kerana facebook. ah, biasalah, ia dunia sandiwara. pandai - pandailah kau bawa diri untuk apa yang kau kejar.....

lagi satu, nasihat ku berulang kali, jangan kau senang percaya akan maklumat dalam facebook atau internet. kaji dahulu. guna ilmu dan akal untuk menilai. jangan senang percaya dan terus SHARE. hati - hatilah. sesiapa sahaja boleh menulis tentang itu dan ini. jika kau share suatu kepalsuan, kau telah menfitnah. kau mahu?

" Al - Fitnatu As-Syaddu Minal Qatl "

4 comments:

Unknown said...

alamak.. cne ni.. EB main fb ni

Haikal Blank said...

hahahaha apa da hal..ramai kot main fb...da jadi macam bnda wajib da. bila x dapat on9, cek fb, tiba2 rasa bosan melampau...sindrom ni dah sangat kronik dah skarang...kah3

manru said...

kah3....ini adalh aku~

hanisa sabrina said...

haha.kau memang suka berlawak di dalam facebook pun.