Pages

Thursday, May 19, 2011

Kebaikan Melepak Di Warung

"Kal! member kau dah datang tu! bangun! " Kedengaran suara emak memecah keheningan mimpi aku malam ini yang sedang leka indah ditemani gadis - gadis berbikini. Wajah kesal aku pampangkan. Tapi aktiviti harian tetap di utamakan. Dah namanya remaja, melepak warung jela kerjanya. Nak tengok wayang tak ada duitla pulak. tengok orang buat wayang kat tasik jela....

-----------------------------------------------------

Pengenalan dah setel kat atas sebagai pembuka bicara. Malam ni, aku tergerak nak menulis. Bukan membilis atau menggilis, tapi menulis. Dah lama aku tak mengarang di dalam kertas skrin ini yang kau boleh pangkah sesuka hati bila tak suka. Tak adalah macam buku, walau tak suka kena gak letak elok - elok ambil berkat katanya hormat ceritanya agar tidak dilaknat buku itu. Apa - apa jelah ~

Tiada isu atau apa, cuma mahu bercerita. Boleh?

Melepak. Memang kebiasaan remaja macam aku. Air teh tarik atau kopi biasa menjadi pilihan. Rokok di tangan. tangan terangkat - angkat syok bercerita. Ada juga yang diam membisu seperti di library walau bersambung 2 meja dipenuhi. Macam - macam gaya orang melepak. Ada terpaksa, ada mengikut, ada bosan di rumah dan ada juga yang dah rutin macam aku.

" Bro! pe kabo! Lama tak nampak. Lu keje mane skarang? " Ayat biasa didengari untuk pelepak tegar macam aku.

PRO dan KONTRA tentang melepak.

Ada yang mengutuk, " Melepak? apa kejadah semua tu. Membuang masa. Tak ada guna langsung. Tak ada masa depan aku tengok orang - orang macam tu. "

Ada yang mengherdik, " Fuck lah melepak. Tak urban langsung. Baik ikut gua makan sate sini. Ini takat mat motor lepak2 bagai apa standard. Gua paling kurang pun lepak club teguk kencing setan. Baru urban main pempuan. Lepak teh tarik? pe barang bro...."

Aku sebagai pelepak bertauliah di warung - warung seluruh Malaysia memang membangkang sesapa yang kata melepak itu tak bagus. Ah, dulik apa aku, aku nak gak cakap lepak warung tu bagus.

LU nak DENGAR sebab - SEBAB dia?



1) DAPAT MENGERATKAN SILATURRAHIM

Korang tak percaya? tolonglah....Bila kita melepak ni, secara tidak langsung kita seperti membina sebuah keluarga. Dari tak kenal, kita boleh kenal. Boleh mendekatkan yang jauh, merapatkan yang dekat.

" kenalkan, ni kawan gua dak kelas aku kat Poli, Semut nama dia." Biasa dengar situasi macam ni kan? Cuma nama semut tu aku reka lah kan.

Member - member yang dah kenal, boleh bertukar macam - macam cerita dan serta merta kita boleh bergelak ketawa dan tak semena - mena boleh carik kawan rapat. Tak gitu?

Aku bertanya kepada kalian semua, kalau bergaduh sesama rakan kan tak kiralah rakan sebilik, serumah, sekelas hatta sekatil sekalipun, bila nak berbaik mana kita elok bincang? Mestilah melepak kat warung - warung sekitar Malaysia ni kan sambil ngadap teh tarik, bincang masalah. Bila dah ada air, minum - minum sambil hisap rokok, baru boleh rilek setelkan apa - apa masalah yang terbuku dalam hati. Dan kalau berjaya, apa tak namanya mengeratkan silaturrahim tu.

2) DAPAT JUMPA ATAU KENAL RAMAI KENALAN / RAKAN / AWEK / PAKWE / MAK DARA / JANDA.

Apa yang paling menarik bila kita melepak? Mestilah berborak, bergosip, melawak dan pelbagai lagi yang boleh kita isi masa kita melepak tu. Bila dah ramai berjumpa, cerita pun banyak nak dikongsi maka tak mustahillah kita kenal dia, dia dan dia walau kita tak pernah berjumpa pun mereka yang diceritakan tu.
So, aku rasa kita dah boleh kenal orang sebelum jumpa! Apa tak hebat tu haa!

Di kedai makan jugalah kita boleh terserempak awek - awek cun atau jejaka - jejaka hot pilihan ramai tu. Dari bertentang mata jatuh ke hati dan akhirnya member yang jadi mangsa kena adjustkan. Aduyai, aku selalu tolong orang bab ni. Suruh mintak telefon biasa aku selamba je pergi. Member - member punya pasal kan. Kalau aku rasa sesuai, aku pergila kan. Kalau dah member aku tu muka pecah, nak suruh aku mintakkan nombor awek cun macam Julia Ziegler atau jambu macam DAFI, memang aku tampo bulu kaki dia. Siap pakej terajang pankreas dia.

"Blank, awek kedai tu cun dowh. Serius cun, lepak sana jom malam ni! "

Aku memang pantang bila ada ajakan - ajakan neraka seperti itu. Muka kata malas dan malu, tapi hati tetap kata mahu. Aku kalah dengan nafsu. HAHA
Tak bagus macam tu?
Boleh kenal dengan waiter cun - cun kat warung - warung. Kadang brader kacak jadi waiter memang jadi pilihan gadis - gadis Malaysia. Ah, aku tahu korang pun tahu..............kan?

3) BOLEH MENGHABISKAN MASA 

Melepak ialah cara menghabiskan masa paling berkesan yang ekonomi. Dengan berbekalkan modal air teh tarik yang paling mahal pun RM1.20, kita boleh melepak selama 3 jam di warung sambil menambah ais kosong pada setiap setengah jam. Tak namanya ekonomi gitu?

4) BOLEH ONLINE DAN DOWNLOAD VIDEO

Kalau dah melepak kedai ada wifi dengan berbekalkan laptop, lu boleh online free bro. Lagi untuk orang tak berada macam aku ni haa yang internet tak ada kat rumah, memang kedai makan jadi pilihan aku. Aku order roti canai dengan kopi panas, aku boleh online berejam - ejam sambil menahan muka melihat renungan tokey kedai yang membuat muka paisey. Aku dulik apa. Dah ada kemudahan, aku guna ar. Kang kata aku bongkak lak. HAHA

5) BOLEH KETUK ROKOK MEMBER

Ini khas untuk perokok dan biasa dilakukan perokok tak bertauliah. Jenis suka ketuk rokok member tanpa batas. Aku benci golongan macam ni sebagaimana aku benci golongan SHEMALE yang mempunyai belali tapi memakai coli. Oh, amat meloyakan.

" Bro, rokok sebatang ea.." ayat panas mereka. INGAT, bukan sekali sahaja tapi berkali - kali sekali lepak. Mana tak langsai rokok aku dengan selamba je.

---------------------------------------------------

amacam? korang teringin nak join aku ikut melepak warung memalam?

Nasihat sebenar dari aku, jangan melepak! 

TAK BAIK
TAK ELOK
TAK SOPAN

Baik korang duduk rumah, urut kaki mak bapak yang penat bekerja seharian. Beribadah. Yang masih belajar tu, apa salah berjihad dengan menuntut ilmu. Pergi belajar, ulangkaji kat rumah. Jangan jadi delinquent student bak kata mat saleh.

tapi........................kenapa aku masih melepak?

Kerana aku nak menyumbang sedikit sebanyak kepada ekonomi negara. Kan bagus kan?

*penyumbang cukai terbesar ialah aku kerana cukai aku bayar untuk rokok dah 5, 6 ringgit sehari.


asyik suruh orang like je. bosan la. ( tapi hati mengharap )


13 comments:

Anonymous said...

cehh..dapat jumpa awek cun , mamat hensem..HAHAHAHAHHA..

aku tak faham kenapa aku gelak..ok
sekian

salemaziz said...

cerita kedai kopi~ :D

kaizen said...

manfaatkn segala kemudahan yg ade....

Haikal Blank said...

haha kau ummu, aku taw ko selalu mengharap macam tu kan bila makan malam? KEH3

Haikal Blank said...

cerita kedai kopi memang dah common dah nih...HAHAHA

Haikal Blank said...

memanfaatkan segala kemudahan dengan membincangkan segala kesusahan yang ada...HAHA

Mashe said...

yg nombor 2 tuh tak tahan~

Haikal Blank said...

HAHA tu niat biasa kot bila melepak memalam! normal la tuh...HAHAHA

adwafarahin said...

aku slalu lepak mamak la bile de bola x pon
bile de membe2 lapo tgh mlm
best ape kot
mse nie mcm2 cter nk kobarkan

tgk mcm2 org hahah best2!

Haikal Blank said...

hahaha pasal bola memang betul...stadium murah tuh..boleh kutuk sana sini suka2 tengok bola...HAHA
GOSIP?? itu sudah mesti..lelaki pun bergosip hebat di kedai makan. tak caya? jom ikut aku malam nih...HAHAHA

Alin said...

jom lepak kat masjid dpt juga ukhwah. hehe :P

Haikal Blank said...

HAHAHA kau saja bakar aku lin oii...keh3...ok2..aku insafla nih..jom follow aku skali lin ye....:P

Alin said...

salam, ada orang tak? nie hah nk bgtahu dkt ekau nie yg alin ada tag nama ekau join kontest GA. hrp ekau join le yo! hehe.

http://alin9292.blogspot.com/2011/05/naufal-n-nureen-2nd-giveaway.html