Pages

Sunday, February 6, 2011

Melayu, aku dan Malaysia



____________________________________________________________


Kau bicara tentang reformasi, kau selak minda dengan keadilan kau.
tapi apa kau sedar keadilan itu bukan hak kau. ia hak kedamaian hakiki. kedamaian dinanti.
kau buta sejarah, kawan.
kau laungkan kata semangat kononnya penegak bangsa. tapi api perpaduan kau padamkan.
api dendam palsu kau nyala tanpa berakal kepalamu.
ini bukan kata diriku
ini kata hatiku
untuk diriku, bukan dirimu
kerana ku yakin telinga ini lebih dekat dengan bibirku dari telingamu.
ya kan?

apa kau ingat apa ada dengan 13 Mei?
apa kau tahu apa puncanya?
kau cuma tahu dengar cerita picisan bualan si buta jua.
kau tebar cerita itu kepada semua.
maafkan aku jika kau bukan begitu.

10 tahun termeterai mngikut perjanjian dengan si RATU.
Queen Of Elizabeth si perampas syurga MaLaYa.
kedamaian 10 tahun selepas perjanjian termeterai
atuk kita jaga.
walaupun akhirnya terletus, tapi kemerdekaan tercapai.
kenanglah sejarah silam, ambil iktibar. 
kita semua sama.
satu MALAYSIA.

kita sekarang lupa
hilang segala, hilang semua
budaya, adat, cerita
melayu itu hilang dari jiwamu.
ya, melayu tidak akan hilang di dunia
tapi apa guna kalau kewujudan tidak terasa?
malique mempertikaikannya.
tidak terasakah?
tidak tercabarkah?
buang egomu
tanam semangatmu
pertahankan Malaysia
tanah air kita.

bersatu padu sesama rakyat Malaysia
saling membantu tanpa ragu
tanpa egoisme picisan
tanpa dendam remeh ciptaan kau
kita sama.
satu Malaysia.
usah peduli isu remeh ciptaan mereka.
kita ambil yang jernih, buang yg keruh
teguk yang halal, pijak yang haram.
rahmat Allah sedia menanti.

Coretan ini bukan mainan
kata ini bukan hiasan.
ruang ini aku gunakan
untuk bercerita sedikit dongengan
kaji kataku
ambil mahumu
tidak ku pinta
jauh sekali ku paksa
kata hati
dari seorang rakyat MALAYSIA

Ku sayang Ia
Ku sanjung tinggi ke mata dunia.
buka mindamu
celikkan matamu

" KITA SATU "



______________________________________________________

4 comments:

jelah said...

bes jgak entri ni...Malysia oh tanah airku...tanah tempat tumpah darahku...hah sambung..

Simpleblanklife said...

hahaha ok, aku kalah. aku pun da makinteruk otaknya. lagu tuh pun x hapal.(lagu ke??) hahahaha :P

She's retarded said...

melayu mudah lupa

Simpleblanklife said...

ye, mmg mudah sgt lupa. aku la itu...hu3